Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Air Booster Supaya Hasil Cili & Sayur Berganda ! Bancuh Serbuk Ini & Siram Ikut Aturan

Published

on

Cara Buat Air Booster Supaya Hasil Cili & Sayur Berganda ! Bancuh Serbuk Ini & Siram Ikut Aturan

Ramai yang punya hobi bercucuk tanam di rumah. Punya seronok tengok pokok atau sayuran yang ditanam bercambah. Tapi ada juga yang dah lama tanam dan dijaga namun tak juga mengeluarkan hasil atau berbuah.

Untuk tanaman begini elok gunakan tip yang dikongsi oleh Malmisa Swak Lis Lis. Mudah saja cuma siram dan sembur tanaman yang tak berbuah ini dengan air booster yang dibancuh menggunakan MSG atau Monosodium glutamate. Selain untuk menyedapkan masakan, MSG ini juga berguna untuk tanaman ya.

Perkongsian ini dibuat selepas dia melihat hasilnya.

  • Air booster untuk pokok
  • Cara bancuhan

Air booster untuk pokok

ARTIKEL LAIN : Tip Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Tak Kerinting

Bukan kita saja kena booster tanaman pun sama. Saya dah cuba dan inilah hasilnya. Kelebihan air bancuhan MSG ini ialah;

  • Menyubur pokok yang susah berbunga dan berbuah
  • Daun sayur akan membesar dua kali ganda dari saiz asal
  • Pokok membesar lebih cepat

Cara bancuhan

  1. Ambil 1 sudu serbuk MSG (15g)campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi.
  2. Peram semalaman
  3. Keesokan hari barulah boleh digunakan. Siram terus ke tanah dan sembur sedikit pada daun.
  4. Siram dengan air booster ini sekali seminggu saja. Jangan terlebih siram hari-hari.

Air booster ini sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga. Selepas seminggu baru booster buat kerja dan nampak hasilnya.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Nak Pokok Buah Hasil Lebat, Tak Buruk, Kenalah Buat 2 Air Semburan Ini

Sumber: Malmisa Swak Lis Lis

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Cara Buat Baja Organik Sendiri Guna Sisa Dapur, Jimat dan Pokok Lebih Subur

Published

on

6 Cara Buat Baja Organik Sendiri Guna Sisa Dapur, Jimat dan Pokok Lebih Subur

Bagi yang gemar bercucuk tanam di rumah, penggunaan baja memang penting untuk memastikan pokok sayur, herba dan tanaman berbuah tumbuh dengan baik. Namun kos membeli baja secara berterusan kadangkala boleh meningkatkan perbelanjaan. Buat Baja Organik Sendiri Guna Sisa Dapur

Sebenarnya banyak bahan di dapur yang sering dibuang boleh dimanfaatkan sebagai baja organik. Selain menjimatkan wang, kaedah ini juga membantu mengurangkan pembaziran sisa makanan harian.

Antara bahan yang boleh digunakan termasuk air basuhan beras, kulit telur, kulit bawang, nasi basi dan roti lama. Bahan-bahan ini mudah diperoleh dan boleh diproses menjadi baja untuk membantu menyuburkan tanaman.

Kelebihan Menggunakan Baja Daripada Sisa Dapur

  • Menjimatkan kos pembelian baja.
  • Menggunakan bahan yang mudah didapati di rumah.
  • Mengurangkan jumlah sisa dapur yang dibuang.
  • Membantu menambah nutrien dalam tanah.
  • Sesuai digunakan untuk tanaman sayur, herba dan pokok buah.

1. Baja Bancuhan Air MSG

Salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai baja tambahan ialah MSG atau monosodium glutamat yang biasa digunakan dalam masakan.

Menurut perkongsian pengalaman penanam, bancuhan air MSG boleh membantu menjadikan sesetengah pokok lebih subur apabila digunakan secara berkala.

Cara penyediaan:

  • Sediakan satu paket kecil MSG kira-kira 33 gram.
  • Campurkan bersama satu baldi air.
  • Biarkan bancuhan semalaman sebelum digunakan.
  • Siram pada tanah di sekeliling pokok, bukan terus pada daun atau batang.

Baja ini boleh digunakan seminggu sekali untuk tanaman seperti pokok kari, pandan, kunyit, bunga kantan dan limau purut.

2. Baja Air Basuhan Beras dan Air Basuhan Ikan

Jangan terus buang air basuhan beras atau air cucian ikan kerana ia mengandungi bahan organik yang boleh dimanfaatkan oleh tanaman.

Caranya cukup mudah. Simpan air tersebut dan biarkan selama sehari sebelum digunakan untuk menyiram pokok.

Air ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis tanaman terutama pokok sayuran dan herba di halaman rumah.

3. Baja Sisa Dapur Campuran

Sisa dapur seperti kulit bawang, kulit bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi juga boleh diproses menjadi baja organik cecair.

Cara membuatnya:

  • Kumpulkan kulit bawang, kulit telur dan lebihan nasi.
  • Masukkan sedikit air.
  • Kisar sehingga sebati.
  • Peram campuran tersebut selama sehari.
  • Siram pada pangkal pokok.

Bahan lain seperti kulit buah atau kulit sayuran juga boleh digunakan. Walaupun proses peraman mungkin menghasilkan bau kurang menyenangkan, nutrien daripada bahan organik ini membantu menyokong kesuburan tanah.

4. Baja Kulit Telur Sebagai Sumber Kalsium

Kulit telur sering dianggap sebagai bahan buangan, namun sebenarnya ia mempunyai kandungan kalsium yang baik untuk tanaman.

Cara penyediaan:

  • Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan.
  • Cuci dan jemur sehingga betul-betul kering.
  • Tumbuk sehingga menjadi serbuk halus.
  • Taburkan di sekeliling pangkal pokok.

Baja kulit telur sesuai digunakan sebagai bahan tambahan untuk membantu memperbaiki struktur tanah dan membekalkan kalsium kepada tanaman.

5. Baja Daripada Nasi Basi

Nasi yang tidak habis juga boleh dimanfaatkan sebagai baja organik berbanding dibuang begitu sahaja.

Cara membuat baja nasi:

  • Masukkan nasi lebihan ke dalam botol atau bekas bertutup.
  • Biarkan selama kira-kira tujuh hari.
  • Tapis air peraman sebelum digunakan.
  • Sembur atau siram pada tanaman.

Baja daripada nasi ini sering digunakan pada tanaman seperti limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.

6. Baja Daripada Roti Lama

Roti yang sudah tamat tempoh juga boleh dijadikan baja organik cecair.

Cara membuatnya:

  • Ambil tiga hingga empat keping roti lama.
  • Potong kecil-kecil.
  • Masukkan ke dalam botol berisi air.
  • Tambah sedikit gula merah atau molases jika ada.
  • Peram selama tujuh hingga 11 hari.

Sepanjang proses peraman, buka penutup botol setiap hari untuk melepaskan gas yang terhasil.

Selepas siap, bancuh sedikit baja air roti bersama air biasa sebelum digunakan untuk menyiram tanah atau menyembur pada daun dan batang pokok.

Tips Menggunakan Baja Organik Buatan Sendiri

  • Gunakan secara sederhana dan jangan berlebihan.
  • Uji pada beberapa pokok terlebih dahulu sebelum digunakan secara meluas.
  • Simpan baja cecair di tempat teduh.
  • Gunakan bekas yang sesuai dan bertutup semasa proses peraman.
  • Pastikan bahan peraman tidak bercampur dengan bahan kimia.

Kesimpulan

Membuat baja sendiri daripada sisa dapur merupakan satu cara mudah untuk menjimatkan kos berkebun. Selain membantu mengurangkan pembaziran, bahan seperti kulit telur, air beras, nasi basi dan roti lama boleh dimanfaatkan sebagai sumber nutrien tambahan untuk tanaman.

Dengan sedikit usaha dan penjagaan yang konsisten, pokok sayur, herba serta tanaman buah di rumah boleh tumbuh lebih subur tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada baja yang dibeli di pasaran.

Sumber: Nur Lidya Izzati Hisham

Continue Reading
Advertisement

Trending