Connect with us

Tips Dan Petua

Nak Pokok Buah Hasil Lebat, Tak Buruk, Kenalah Buat 2 Air Semburan Ini

Published

on

Nak Pokok Buah Hasil Lebat, Tak Buruk, Kenalah Buat 2 Air Semburan Ini

Ramai antara kita yang menanam pokok buah keliling rumah tapi hasil buah tak memberangsangkan. Buah tak lebat, tak manis dan banyak yang buruk atau dimakan ulat.

Agar pokok tak kira jambu, mangga, durian dan sebagainya menghasilkan buah yang elok, dan lebat boleh praktikkan dua jenis air semburan ini.

Dikongsi oleh Sasya Arisya, beliau mempraktikkan dua jenis semburan ini pada pokok jambu yang ditanam.

Sebelum ini buah jambu kurang lebat dan serta buahnya banyak berulat tapi setelah menyembur air baja dan air racun untuk elak serangga ini, pokok jambu berbuah lebat dan manis.

2 jenis air semburan untuk pokok buah

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Saya kongsikan sekali tip & cara bancuhan baja dan racun yang saya praktikkan.

1. Semburan untuk elak serangga perosak/ lalat buah

Bahan yang diperlukan:

  • 100ml air tembakau
  • 3ml cuka kayu
  • 5ml sabun pencuci pinggan(tak kisah jenama apa pun)
  • Botol spray( boleh beli di kedai ECO)
  • Penyukat (Saya guna penutup ubat yg tidak digunakan lagi)

Cara membancuh:

  • Campur semua bahan & boleh terus digunakan.
  • Sembur ke pokok, daun atau serangga.
  • Lebih disarankan sembur waktu petang selepas jam 6 petang atau malam sebab serangga aktif waktu malam.

2. Air baja Yakult

Ia merupakan hormon untuk pokok berbuah lebat, sesuai untuk semua jenis tanaman.

Bahan yang diperlukan:

  • 2 biji telur
  • 1 botol yakult
  • 1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja)

Cara membancuh:

  • Pecahkan telur kemudian masukkan dalam botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult.
  • Tutup botol & goncang hingga sebati.
  • Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.
  • Perap selama seminggu.
  • Simpan ditempat bersuhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.

Cara guna:

  • Untuk buat semburan ke pokok bancuh 2-3 sudu besar air baja ini dan campur dengan 20 liter air.
  • Untuk siraman ke tanah, bancuh 5 sudu besar air baja bersama 20 liter air.
  • Siram/sembur pagi & petang. Seminggu sekali pun cukup.

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Suburkan Tanaman Guna Ajinamoto Pokok Berbuah Dan Berbunga Lebat

Sumber: Sasya Arisya

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending