Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Mudah Suburkan Tanaman Guna Ajinamoto Pokok Berbuah Dan Berbunga Lebat

Published

on

Cara Mudah Suburkan Tanaman Guna Ajinamoto Pokok Berbuah Dan Berbunga Lebat

Jadi, ini kami kongsikan tips yang viral di laman media sosial dimana anda boleh menggunakan serbuk penambah perisa iaitu ajinamoto sebagai baja pokok! Menarik kan?

GUNA AJINAMOTO BUAT BAJA, LEBAT BUAH!

Sukatan :

1) 5 sudu makan 1 liter air bagi pokok setahun ke atas.

2) Bagi pokok-pokok kecil seperti pokok kari, pokok bunga dan yang kurang berumur kurang setahun 1 sudu makan 5 liter air.Guna air tanpa klorin seperti air tadahan aircond, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

ARTIKEL LAIN : Bantal Kotor Dan Berbau Cuci Guna 3 Bahan Ini Mudah Confirm Putih Bersih

Waktu siraman : waktu redup petang jam 6 ptg ke atas.

Kekerapan : 2 minggu sekali. Siram di pangkal pokok atau sembur pada dedaunan pokok. Hasil google.

Khasiat ajinonomoto pada pokok

1. Menyuburkan tanaman

Manfaat pertama dari MSG ajinomoto untuk tanaman yaitu dapat menambah kesuburan pada tanaman. Kandungan unsur atrium yang tinggi yang tekandung didalam MSG ajinomoto ini dapat mempengaruhi tingkat kesuburan tanaman tersebut. Dengan menyiram tanaman menggunakan larutan MSG dengan air secara teratur, maka tingkat kesuburan tanaman akan menjadi lebih baik lagi, yang ditandai dengan : Daun yang lebih hijau, Daun tanaman yang lebat, dan Tanaman menjadi lebih sehat

2. Mempercepat pertumbuhan tanaman

Manfaat lain dari kandungan natrium yang terkandung pada ajinomoto MSG ini adalah untuk mempercepat proses pertumbnuhan tanaman. Manfaat ajinomoto untuk tanaman yaitu membuat proses pertumbuhan tanaman menjadi lebih cepat, daun menjadi lebih cepat menghijau, dan batang tanaman yang menjadi lebih cepat besar dan berkembang.

3. Mempercepat munculnya bunga

Selain dapat mempercepat pertumbuhan dari tanaman, MSG ajinomoto juga dapat mempercepat proses partumbuhan bunga pada tanaman tersebut. Proses ini diyakini tidak berdampak buruk, karena bunga yang muncul, namun warna dan bentuk dari bunga yang muncul tidak berubah.

4. Memenuhi kebutuhan nutrisi pada tanaman

Tidak hanya kita manusia dan hewan, tanaman juga ternyata membutuhkan nutrisi yang lengkap untuk dapat bertahan hidup. Biasanya nutrisi untuk tanaman diperoleh dari pupuk-pupuk yang sering kita gunakan. Namun demikian ada kalanya harga pupuk yang sedikit kurang bersahabat, sehingga membuat proses pemeberian makanan atau pemupukan menjadi sedikit terkendala. Sehingga untuk mengatasi hal ini maka anda bisa menggantikan pupuk kimia tersebut dengan menyiramkan tanaman tersebut dengan larutan MSG. Siramkanlah larutan air MSG ajinomoto ini ke tanaman kesayangan anda agar mereka bisa tumbuh subur dan asupan nutrisinya terpenuhi dengan baik.

5. Tanaman menjadi lebih sihat dan tidak mudah mati

Ada juga yang guna campuran minuman redbull seperti terungkap di group A Small House With A Large Garden kelolaan Pn Sara Saad.

ARTIKEL LAIN : Pastikan Betul Ini Panduan Jenis Extension Wire Yang Sesuai Dan Tak Sesuai Dipasang Di Rumah

Sumber: Kay Maria Actress Ori, Nur Aidah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending