Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Tak Kerinting

Published

on

Tip Tanam Lada Solok Supaya Berbuah Lebat & Tahan Penyakit, Daun Tak Kerinting

Cili solok atau lada solok ini popular di Kelantan tapi nak cari di luar negeri Cik Siti Wan Kembang memang payah sikit. Cili jenis ini tak berapa pedas dan banyak diguna dalam masakan, yang paling popular solok lada.

Kalau susah sangat nak jumpa, apa kata cuba tanam sendiri. Boleh ikut perkongsian Ben Safwan ini.
Tip pokok lada solok berbuah lebat

Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat, tahan penyakit seperti lalat buah, bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.

ARTIKEL LAIN : Tanam Serai Dalam Pasu. Nak Pastikan Rimbun & Gemuk Subur, Ini Rahsianya!

1. Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur.

2. Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 beg tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.

Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.

3. Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.

Putik bunga dah keluar walaupun pokok kecil lagi

4. Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus. Pokok cili suka cahaya terus.

Cara siram dan pembajaan serta tip

Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.

Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.

Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.

Bila buah dah lebat,stop dulu baja buah. Teruskan dengan baja subur.

Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar

Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah, sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat. Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.

Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah. Gitu.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup, Barulah Pokok Cepat Besar

Sumber: Ben Safwan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending