Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Published

on

Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Sebaiknya ikan rebus homemade ini kita buat sendiri sahaja rumah. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri kita lebih yakin, kebersihan dan pasti halal.

Nak lagi mudah, boleh buat banyak-banyak simpan dalam freezer. Tapi ada caranya kalau nak tahan berbulan-bulan! Jom lihat cara yang dikongsikan Puan Nor Azua Amlan di bawah.

IKAN REBUS FROZEN, SIMPAN DALAM FREEZER TAHAN BERBULAN-BULAN

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Berikut perkongsikan tersebut:

Kalau boleh elakkan dan jangan beli yang ada jual dalam raga rotan dekat pasar-pasar tu, sebab tempat dia tidak bersih langsung. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram je dengan air.

Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezzer. Tahan berminggu-minggu, bila nak makan/goreng ambil je.

CARA PENYEDIAAN

1. Cuci bersih ikan kembong.

2. Gaul bersama 3 sudu garam dan perap selama 45 minit.

3. Kukus selama 1 jam atau mengikut jumlah ikan. (Walaupun nama ikan rebus tetapi cara penyediaan harulah dikukus)

4. Siap!

CARA SIMPAN IKAN REBUS

1. Dalam bekas, alas dengan plastik.

2. Susun ikan rebus dan alas lagi dengan plastik.

3. Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer..

4. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.

5. Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.

Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, jangan. direndam, bila dah lembut, terus goreng.

Jangan gaul bersama serbuk kunyit. Tak perlu!

Tak perlu basuh ikan tersebut sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.

NOTA

Kalau buat banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.

Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.

Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan dahulu pada suhu bilik. (JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air)

Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Ikan Rebus Versi Thailand Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Menu Diet!

Sumber/Foto : Nor Azua Amlan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Labu Supaya Subur Dan Berbuah Lebat Di Rumah

Published

on

Cara Tanam Pokok Labu Supaya Subur Dan Berbuah Lebat Di Rumah

Pokok labu antara tanaman yang semakin popular ditanam di rumah kerana mudah dijaga dan mampu menghasilkan buah yang banyak jika kena caranya. Namun, ramai juga yang mengadu pokok hanya naik daun tetapi sukar berbuah, atau buah yang dihasilkan kecil dan cepat rosak.

Sebenarnya, tanaman labu memerlukan teknik penjagaan tertentu bermula daripada penyediaan benih hinggalah proses penuaian. Jika semua langkah dilakukan dengan betul, pokok boleh kekal sihat dan mengeluarkan hasil yang memuaskan.

Bagi anda yang ingin mencuba menanam labu di rumah, berikut panduan lengkap yang boleh dijadikan rujukan.

1. Pilih Benih Berkualiti

Langkah pertama yang penting ialah memilih benih yang sihat dan berkualiti. Benih yang baik membantu meningkatkan kadar percambahan dan menghasilkan pokok yang lebih kuat.

Sebelum disemai, rendam benih selama kira-kira 24 jam bagi mempercepatkan proses percambahan. Selepas itu, keringkan seketika sebelum ditanam.

2. Gunakan Tanah Yang Gembur Dan Bersaliran Baik

Pokok labu memerlukan tanah yang subur, gembur dan tidak bertakung air. Tanah yang terlalu padat atau jenis tanah liat boleh menyebabkan akar sukar berkembang dan mudah rosak.

Jika menanam di halaman rumah, pastikan tanah digemburkan terlebih dahulu sebelum membuat batas. Batas yang sedikit tinggi membantu sistem saliran menjadi lebih baik.

3. Cara Menyemai Benih Labu

Benih boleh disemai terus ke atas tanah atau menggunakan tray semaian terlebih dahulu.

Tanam benih sedalam lebih kurang 2 hingga 4 sentimeter dan letakkan dua atau tiga biji benih dalam satu lubang. Selepas bercambah, pilih anak pokok yang paling sihat dan buang yang kurang elok.

4. Pastikan Pokok Dapat Cahaya Matahari Mencukupi

Pokok labu sangat memerlukan cahaya matahari untuk tumbesaran dan penghasilan buah.

Pastikan tanaman menerima cahaya sekurang-kurangnya beberapa jam setiap hari. Namun begitu, cuaca terlalu panas juga boleh menyebabkan buah cepat rosak atau menjadi lembik.

5. Jaga Jarak Tanaman

Pokok labu memerlukan ruang untuk menjalar dan berkembang dengan baik.

Jarak tanaman yang terlalu rapat boleh menyebabkan persaingan nutrien dan mengganggu pengudaraan pokok. Sebaiknya gunakan jarak sekitar satu meter antara setiap pokok.

6. Gunakan Sungkupan Untuk Kekalkan Kelembapan

Sungkupan seperti rumput kering atau plastik khas pertanian sangat membantu menjaga kelembapan tanah.

Selain itu, sungkupan juga dapat:

  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai
  • Mengelakkan buah terkena tanah secara terus
  • Membantu tanah kekal lembap lebih lama
  • Mengurangkan kehilangan baja selepas siraman atau hujan

7. Pembajaan Yang Betul

Pembajaan memainkan peranan penting dalam memastikan pokok labu cepat membesar dan menghasilkan buah yang banyak.

Baja yang mengandungi nitrogen membantu pertumbuhan daun dan batang, manakala fosforus penting untuk perkembangan akar dan pembentukan buah.

Gunakan baja secara berkala mengikut keperluan pokok untuk hasil yang lebih baik.

8. Kawal Penyakit Dan Serangga

Pokok labu juga mudah diserang serangga dan penyakit jika tidak dijaga dengan baik.

Antara masalah biasa termasuk reput batang, daun berkulat dan serangan serangga perosak. Pastikan kawasan tanaman sentiasa bersih dan buang daun yang rosak dengan segera.

Penggunaan varieti tahan penyakit juga membantu mengurangkan risiko kerosakan tanaman.

9. Proses Pendebungaan Sangat Penting

Pokok labu mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama. Pendebungaan biasanya berlaku dengan bantuan serangga seperti lebah.

Jika kurang serangga di kawasan rumah, anda juga boleh membantu proses pendebungaan secara manual untuk meningkatkan penghasilan buah.

10. Waktu Sesuai Untuk Menuai Labu

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan warna menjadi lebih kusam.

Gunakan pisau atau gunting tajam ketika menuai dan tinggalkan sedikit tangkai pada buah supaya ia tahan lebih lama selepas dipetik.

Penutup

Menanam pokok labu sebenarnya tidak terlalu sukar jika tahu teknik yang betul. Dengan penjagaan yang konsisten, pokok boleh menghasilkan buah yang lebat dan berkualiti walaupun ditanam di kawasan rumah.

Bagi yang baru ingin mula bercucuk tanam, pokok labu antara pilihan yang sesuai kerana mudah dijaga dan memberi hasil yang memuaskan. Semoga perkongsian ini membantu anda menikmati hasil labu segar dari kebun sendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending