Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Ikan Rebus Versi Thailand Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Menu Diet!

Published

on

Resepi Ikan Rebus Versi Thailand Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Menu Diet!

Bagi mereka yang berada dalam proses diet, ikan rebus selalu menjadi pilihan bagi menggantikan makanan berkalori tinggi. Namun, kadang-kadang pasti akan rasa bosan jika asyik memakan menu yang sama. Betul tak?

Apa kata hari ini korang cuba buat ikan rebus versi Thailand pula, rasanya agak berbeza dengan ikan rebus biasa korang pernah cuba di rumah. Lagi-lagi apabila dicicah bersama sos budu, sedapnya! Jom ikuti perkongsian daripada Vi Ibi Haji Ariffin menerusi Facebook.

Resepi Ikan Rebus Versi Thailand Mudah & Sedap

ARTIKEL LAIN : Mudah Sangat Buat Asam Pedas Cara Pantai Timur, Guna Ikan Kerisi Lagi Sedap

Bahan-Bahan:

  • 15 ekor ikan
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 batang serai
  • ½ sudu garam
  • 6 ulas bawang putih
  • Segenggam asam keeping
  • 15 helai daun limau purut

Cara-caranya:

1. Mula-mula, masukkan bahan-bahan yang disediakan tadi ke dalam periuk.

2. Kemudian, masukkan pula 15 ekor ikan dan susunkan dengan rapi di dalam periuk. Anda juga boleh meletakkan cili jika mahu. Lalu, masukkan air sama paras dengan ketinggian ikan.

3. Rebuskan selama setengah jam dengan api yang kecil. Rasa sedikit kuah tersebut untuk mendapatkan rasa yang diingini. Sekiranya terlebih masin atau manis, tambahkan air panas sedikit.

4. Tambahkan 1 cawan air panas jika anda lebih suka ikan rebus ini berkuah.

5. Anda juga boleh gorengkan juga, namun perlu berhati-hati kerana ia agak meletup-letup ketika digoreng. Gunakan api perlahan dan tutupkan dengan penutup periuk.

Siap! Sangat sesuai dihidang panas-panas dan dimakan bersama seisi keluarga.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Sumber: Vi Ibi Haji Ariffin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Published

on

Resipi Ayam Masak Merah Cara Kenduri Kahwin

Resipi ni belajar dengan arwah mak dulu. Banyak kali dah buat, tetap tak sama rasa dengan yang arwah mak masak. Bersyukurlah sapa yang masih ada mak.

Bahan-Bahan:

  • Ayam seekor – Gaul garam kunyit dan goreng dulu, jangan garing sangat.

Bahan Blend:

  • Cili kering 2 genggam, akak campur dengan cili kering tak pedas (rebus dulu).
  • Bwg besar 1 setengah biji
  • Bwg putih 6-7 ulas
  • Halia setengah ibu jari
  • Belacan setengah ibu jari
  • Buah tomato size besar 2 biji

Bahan Tumis:

  • Tiga sekawan
  • Bwg besar sebiji hiris-hiris
  • Serai 1-2 batang titik kan
  • Daun pandan 4-5 helai kerat atau simpul (wajib ada)

Cara Memasak:

1. Cedok minyak dari goreng ayam tadi dalam 3 senduk. Tumiskan dulu bahan tumis hingga semua layu, kemudian tuangkan bahan blend. Tumis hingga bahan-bahan menggaring dan pecah minyak.

2. Agak-agak nampak kurang miyak, tambahkan lagi sikit-sikit. Lepas dah garing, tambahkan gula, garam dan perasa. Kemudian tuangkan sesenduk susu cair. Biarkan pecah minyak lagi sekali, tambah air kalau terlalu pekat.

3. Dah cukup rasa dan sebati, last masukkan ayam goreng dan gaul sekata. Taburkan hirisan bawang besar. Kecilkan api, tutup sekejap kuali biarkan ayam mereneh dengan sambal. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Nor Haidah Md Said

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending