Connect with us

Tips Dan Petua

6 Petua Sambal Tempe Kekal Rangup Walaupun Dah Lama Buat

Published

on

6 Petua Sambal Tempe Kekal Rangup Walaupun Dah Lama Buat

Kadang-kadang sambal tempe yang kita buat jadi lemau dan tak rangup. Rupanya, salah teknik dan terlepas pandang 6 petua penting seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook. Kalau guna 6 petua di bawah, confirm sambal tempe tahan lama dan sedap!

6 PETUA SAMBAL TEMPE KEKAL RANGUP WALAUPUN DAH LAMA BUAT

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

Beberapa hari lepas ada yang tanya Ira macam mana nak buat sambal tempe rangup kriuk kriuk, tak lembab macam masuk angin. Actually sebelum ni pun ramai juga tanya Ira tips buat sambal tempe. So hari ini Ira kongsikan 6 tips sambal tempe rangup dan tahan lama.

1. Guna cili kering kisar

Cili kering tu jangan blend dengan air yang sikit. Contoh cili kering korang half jug blender tu, air pula bagi lebih sikit dari half tu. Baru la cili kering hancur betul-betul and senang untuk blender tu pusing. Lepastu guna cili kering yang pedas. Nak campur yang tak pedas boleh jugak, tapi pastikan cili pedas lagi banyak dari cili yang tak pedas.

2. Tempe, kacang & ikan bilis goreng asing

Tempe mentah, kacang dan ikan bilis tu korang kena goreng dulu dan goreng asing-asing. Goreng tempe sampai garing, pastu goreng kacang tanah, last goreng ikan bilis. Ketepikan.

Masa sambal tu dah almost siap nanti panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru la rangup setiap elemen sambal tempe kita.

3. Bawang putih & bawang holland blend

Bawang pula jangan guna bawang tumbuk. Blend juga. Guna bawang putij dan bawang holland, ok?

4. Gula

Gula pula Ira guna guna putih je. Tapi, Ira pernah buat eksperimen guna gula apong. Seriously lagi sedap. Gula apong ni spesis gula melaka cumanya gula apong ni ada dekat Sarawak je. Boleh beli dekat Shopee ye kalau nak cuba gula tu.

5. Jangan guna sos cili, tomato & segala jenis sos

Nak buat sambal tempe, jangan sekali-kali guna sos. Itu la antara sebab paling utama sambal tempe korang lembab.

6. Potong tempe nipis-nipis

Tempe tu jangan la segedabak tebal korang potong. Potong nipis, senipis yang boleh. Kalau nak nipis cantik guna pisau cutter. Dalam komen ada Ira update gambar. Nak sagat boleh tapi rasnaya hancur tempe tu nanti.

Itu la 6 tips utama kalau nak buat sambal tempe sedap dan rangup. Actually, nak masak ni ikut je taste kita nak macam mana rasa makanan tu. Selamat mencuba!

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Buat Tempe Sendiri Dirumah Hanya Guna 2 Bahan Mudah Saja

Sumber: Ira Yussof II

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending