Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Tempe Sendiri Dirumah Hanya Guna 2 Bahan Mudah Saja

Published

on

Buat Tempe Sendiri Dirumah Hanya Guna 2 Bahan Mudah Saja

Tempe mengandungi protein yang tinggi, boleh membantu mengurangkan kolestrol serta menurunkan tekanan drah tinggi. Malah bagi wanita ia mampu mengurangkan gejala monopous awal dan mencerahkan kulit wajah!

Jika selalu kita beli je tempe ni, apa kata mak-mak buat sendiri dirumah. Lebih jimat, terjamin kebersihannya malah lebih puas hati dengan hasilnya nanti.

Berikut merupakan perkongsian cara buat tempe yang dikongsikan oleh Ida Alina Salleh sebagai panduan.

Cara Buat Tempe Sendiri Dirumah

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sos Cili Homemade Sedap, Hanya Kos RM5 Boleh Dapat 3 Botol

Bahan-Bahan Buat Tempe:

  • 1/2 kilo Kacang Soya
  • 1/2 sudu teh Ragi Tempe
  • Plastik

Cara Membuat:

1. Rendam kacang soya semalaman dalam air suam. Esoknya kita buang kulit kacang soya dengan menggesek-gesekkan kacang dengan tangan. Kalau boleh buangkan dalam 70% daripada kulit kacang soya. Kalau ada kacang yang masih bersalut sedikit-sedikit tu, tak apa. Kulit kacang soya tu saya jadikan baja di taman.

2. Rebus kacang soya hingga 3/4 masak. Bergantung pada kacang itu, masa merebus antara 3/4 jam hingga 1 jam setengah

3. Apabila sudah lembut, toskan dan keringkan kacang. Saya jemur di luar seharian. Setelah kering, bawa masuk, biarkan sejuk sebentar. Taburkan ragi tempeh. Gaul dengan tangan bersih atau gunakan sarung tangan plastik. Kebersihan amat penting, kalau tak tempeh akan busuk.

4. Masukkan kacang dalam plastik yang sudah dibuatkan lubang bernafas sedikit. Saya cucuk guna lidi.

5. Biarkan di tempat yang bersuhu antara 27-32 darjah celsius yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Selepas 6 jam, kita boleh rasa tempeh mula panas dan berpeluh. Selepas 24-36 jam dia akan mula memutih

Beginilah rupanya antara 36-48 jam setelah di buat.

Perlu Tahu

Ragi tempe dengan ragi Tapai berbeza ya. Bukan boleh diguna-ganti. Ragi tapai menjadikan makanan manis dan basah. Ragi tempe sifatnya macam spora cendawan halus dan tak boleh basah, ia akan mereput dan busuk.

Kalau tak ada ragi, kita boleh buat sendiri.

Caranya

Ambil tempe segar dari kedai yang menjual tempeh. Makna tempe segar ialah tempe yang belum pernah disejukkan dalam fridge / peti sejuk / icebox / peti ais.

Hiris tempe itu nipis-nipis. Letak kan dalam dulang dan jemur dibawah sinaran matahari sehingga hirisan-hirisan tempe itu kering.

Ambil hirisan tempe yang kering itu dan kita kisarkan menggunakan pengisar atau blender kering (yang kita gunakan untuk mengisar rempah). Tempe yang dikisar akan kelihatan seperti tepung.

Keluarkan tempe yang dikisar itu dari pengisar.

Tempe yang kini kelihatan seperti tepung itu kemudiannya diayak dengan pengayak yang kita biasa gunakan untuk mengayak tepung.

Hasil ayakan itulah yang dinamakan “Ragi Tempe” yang boleh digunakan untuk membuat tempe di rumah.

Selamat Mencuba buat tempe sendiri di rumah lebih terjamin kebersihannya

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sosej Ayam Di Rumah Lebih Sihat

Sumber: Ida Alina Salleh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending