Connect with us

Tips Dan Petua

Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini, Petua Orang Dulu-Dulu

Published

on

Hilangkan Jeragat, Whitehead Hanya Dengan Guna 2 Bahan Ini, Petua Orang Dulu-Dulu

Hendak mendapatkan kulit mulus bersih, tidak semestinya perlu melabur wang beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.

Sebenarnya, dari zaman mak-mak kita dulu-dulu sudah ada petua untuk mencantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Seperti yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, begini tip untuk pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead menurut petua orang dulu-dulu.

Berikut kongsinya;

ARTIKEL LAIN : Guna 2 Bahan Ini Buat Sendiri Air Freshner Almari. Bau Baju Harum, Almari pun Tiada Kulat

Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya:

1. Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja).

2. Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung.

3. Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung.

4. Gaul sebati.

Cara Menggunakan:

1. Pastikan sebelum lumur pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian, barulah tepek perlahan-lahan di seluruh bahagian muka.

2. Amalkan 3 kali seminggu dan pakai dengan konsisten. Nanti lama-lama anda akan nampak whitehead berkurangan, jeragat memudar dan lama kelamaan kulit pun jadi bersih.

Peringatan : awalnya akan berasa pe dih sikit, tunggu sehingga 15 minit atau kalau pakai waktu malam sebelum tidur, teruskan pakai hingga pagi pun tak jadi masalah.

*Jika berlaku iritasi atau gatal pada kulit, mungkin kulit anda tak sesuai. Jangan teruskan pula. Boleh guna kaedah lain yang lebih sesuai.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : 3 Cara Mudah Tajamkan Kembali Pisau Blender Yang Tumpul

Sumber : Facebook Marina Saringat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending