Connect with us

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Published

on

Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Talam seri muka ini antara kuih talam yang disukai ramai dan banyak dijual. Kalau kuih ini jadi kesukaan ahli keluarga lagi elok kita belajar buat sendiri.

Dikongsi oleh Iskandar Muadz yang juga peniaga kuih muih, ikut saja langkah yang diberi. Selain itu ada juga disertakan tip supaya hasil kuih talam bukan saja sedap, tapi cantik kejadiannya.

Buat sendiri kuih talam seri muka

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cheese Cake Paling Senang, Cuma Guna 3 Bahan Saja. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba

1. Cara buat bahagian bawah. Sediakan bahan-bahan;

  • 400 gram beras pulut
  • Santan cair.
  • Garam

2. Untuk sediakan bahagian bawah, rendam dulu beras pulut rendam selama 4 jam. Kemudian basuh bersih dan tos. Masukkan dalam loyang.

3. Masukkan santan cair, sukatannya lebih sikit dari paras pulut. Kemudian letak garam. Saya guna santan Kara, 1/2 cawan santan, baki tambah air. Letak juga minyak masak 1 sudu besar tapi jika guna santan segar tak perlu letak minyak.

4. Kukus sampai masak.

5. Sambil itu buat bahagian atas. Sediakan;

  • 210 gram tepung gandum
  • 290 gram gula pasir
  • 1000ml santan (pekat 400ml,baki tambah air. Kalau guna santan Kara masukkan minyak masak 2 sudu besar. Jika guna santan segar tak perlu letak).
  • 2 biji telur
  • Pes pandan
  • Pewarna ( boleh juga guna air pandan. Kisar daun pandan dengan air, ambil airnya campur dengan santan. Jadikan 1000ml)

6. Kisar gula, telur sampai sebati. Kemudian masukkan dalam tepung.

7. Masukkan sekali santan, pewarna dan kacau. Tapis ke dalam periuk.

8. Masak atas api sampai adunan suam okay.

9. Bila pulut dah masak, pindahkan pulut dalam loyang 10×10. Tekan biar padat. Kemudian curahkan adunan bahagian atas tadi.

10. Kukus lagi 20 min atau hingga masak. Siap!

TIP

  • Untuk dapatkan potongan kemas, kuih kena betul-betul sejuk. Potong guna pisau plastik atau pisau kek.
  • Fungsi minyak masak dalam penggunaan santan kotak, untuk kuih berminyak macam guna santan segar, lembut je hasilnya.

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Nasi Lebihan Banyak Boleh Buat Bepang Rangup Manis, Senang Nak Buat

Sumber: Iskandar Muadz

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending