Connect with us

Malaysia

Urawa Red bukti bukan pasukan calang-calang, Layak ke Final ACL

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

SAITAMA: Siapa sangka kekalahan besar Johor Darul Ta’zim ditangan pasukan Jepun Urawa Red Diamon mendapat perhatian wargamaya yang mengatakan Johor Darul Ta’zim hanya sekadar jaguh kampung.

Meskipun berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Asia, Johor Darul Ta’zim tetap mendapat kecaman selepas tunduk 5-0 ditangan Urawa Red.

Pasukan Jepun Urawa Red Diamon buktikan bahawa mereka bukanlah satu pasukan yang calang-calang yang mudah untuk ditewaskan apabila berjaya melayakkan diri ke final Liga Juara-juara Asia sebentar sahaja tadi.

Urawa layak ke pusingan separuh akhir selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 5-0 di pusingan 16. Sebelum mengalahkan satu lagi wakil Asia Tenggara BG Pathum United dengan jaringan 4-0.

Di perlawanan separuh akhir, Urawa bertemu wakil dari Korea Jeonbuk. Mereka berjaya menang dalam aksi penentuan penalti dengan keputusan 3-1 selepas terikar 2-2.

Final berlangsung Februari depan menentang pasukan daripada Zon Asia Barat dengan juara bertahan Al Hilal dari Arab Saudi antara pencabar yang menunggu kelab Jepun itu.

Urawa yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2007 dan 2017 meledak 20 gol dalam empat perlawanan kejohanan kelab utama Asia itu dan mereka tampak bakal mengulanginya apabila pemain sayap Yusuke Matsuo menolak bola masuk dari jarak dekat selepas mendapat hantaran pemain pertahanan Hiroki Sakai pada minit ke-11.

Namun Jeonbuk yang juga juara dua kali kejohanan meningkatkan serangan selepas rehat dan berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak pertama menerusi penalti Paik Seung-ho.

Mereka mendahului permainan pada masa tambahan minit ke-116 menerusi H Kyo-won tetapi berjaya disamakan penyerang Urawa Kasper Junker pada minit ke-120 yang membawa kepada penentuan penalti.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia

Tahniah Liga Malaysia Kini Berada di No 1 Asia Tenggara, Tapi Kualiti Liga M Dipersoal

Published

on

Join Telegram Arus Perdana Di Bawah Untuk Mudahkan Carian Artikel

Jika melihat kepada perkembangan semasa bolasepak rantai Asia, pasukan Johor Darul Ta’zim merupakan pasukan yang paling banyak menyumbang mata kepada negara Malaysia.

Kami yakin bahawa pasukan JDT merupakan pasukan yang membawa nama Liga Malaysia ke pentas Asia dan pasti selepas ini pasukan luar akan sentiasa melihat perkembangan semasa pemain bolasepak tanah air.

Dengan kejayaan luar biasa Harimau Selatan baru-baru ini, mereka telah berjaya melonjakkan ranking Liga Malaysia kepada kedudukan No.1 di rantau Asia Tenggara. Jadi penyokong bolasepak seharusnya berterima kasih kepada pasukan ini.

Tahniah Liga Malaysia Kini Berada di No 1 Asia Tenggara, Tapi Kualiti Liga M Dipersoal

Dengan kejayaan Malaysia berjaya melonjak ke ranking no 1, kini Liga Thailand berada di kedudukan kedua. Maka timbulkan persoalan dan ada juga yang mempersoal kualiti Liga Malaysia.

Kenyataan seperti, apakah kita layak berada di kedudukan no 1 Asia Tenggara dengan kualiti liga tempatan kita? Ini selepas melihat ranking yang kita perolehi ini adalah hasil daripada mata yang disumbangkan oleh pasukan Johor DT iaitu 24 mata. Pasukan ini sahaja yang menyumbang mata selama ini.

Bukan itu sahaja, ada juga penyokong yang mengatakan bahawa pasukan yang hanya mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia juga merupakan pasukan Johor Darul Takzim sahaja walaupun selepas ini kita bakal mempunyai 2 pasukan yang akan bertanding di ACL.

Pasukan lain dilihat masih lagi cuba untuk menjadi jaguh kampung dan banyak isu sedang diselesaikan. Apatah lagi ada pasukan yang bergelut dengan isu kewangan.

Sinar mata daripada Pasukan Kedah dan KL City

Namun begitu, tidak harus kita lupakan bahawa kita mempunyai 2 pasukan yang akan bertanding dalam Piala AFC pada bulan Jun ini. Diharapkan dua pasukan ini mampu menyumbang mata buat negara.

Kita berharap selepas kejayaan demi kejayaan dicipta JDT, pasukan lain mampu untuk bersaing dan memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada perkembangan Liga Malaysia. Jika dibandingan dengan liga Thailand sebenarnya kita masih jauh kebelakang.

Malaysia dikatakan belum bertanding sudah tahu siapa akan juara Liga super, manakala di Thailand terdapat 5 pasukan yang mempunyai peluang untuk menjadi juara dan mata diantara pasukan bertanding Liga super juga tidak terlalu jauh.

Continue Reading
Advertisement

Trending