Sukan
JDT ke ACL Tanpa Benjamin Mora

Sudah beberapa perlawanan tiada kelibat Jurulatih Johor Darul Ta’zim ditepi pandang menjadi persoalan peminat bolasepak tanah air.
Ramai yang bertanya kemana perginya ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim tersebut. Ada yang membuat spekulasi mengatakan beliau berada di Jepun bagi melihat taktikal pasukan Urawa.
Namun pada hari ini, Johor Darul Ta’zim telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Benjamin Mora bakal dilepaskan untuk mengurus urusan peribadi di Mexico.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.
Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang.
Benjamin merupakan jurulatih JDT yang paling berjaya dengan empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.
Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.
Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi. – Johor Southern Tigers
Kini timbul pula kerisauan di dalam kalangan peminat Johor Darul Ta’zim apabila pasukan itu bakal berdepan dengan gergasi Jepun Urawa pada 19 ogos ini.
Kehilangan ketua jurulatih mereka sudah pasti meninggalkan satu kesan yang sangat besar dalam pasukan. Selain itu, ada yang tertanya-tanya siapakah yang bakal mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Benjamin Mora.

Sukan
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menundukkan pasuakan Thailand dengan keputusan 1-0 untuk saingan Separuh Masa pertama di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 menerusi pemain Faisal Halim.
GOOLLL!!!!
Faisal Halim 11′⚽️ MALAYSIA ?? 1-0 ?? THAILAND#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/p813bWQS2d
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Malaysia sepatutnya boleh menambah jaringan di separuh masa kedua selepas tandukan Dominic Tan digagalkan oleh pengadil perlawanan.
#MASTHA #AFF2022
SemiFinal 1st Leg Bukit Jalil
Malaysia vs ThailandIt should be goal!!! Dominic Tan
It should be 2 – 0we need VAR!!#AFFMitsubishiElectricCup2022 #HarimauMalaya pic.twitter.com/nvfpUwDpW4
— Tri Hendri (@trihendri) January 7, 2023
Malaysia membawa 1 bekalan gol ke Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari ini.
-
Tips Dan Petua2 months ago
Elak Keluarga Kerap Batuk Dan Selesma Ini Cara Deep Clean Tilam
-
Ilmiah2 months ago
Ambil Wudhu Sebelum Tidur Akan Dapat Manfaat Ini
-
Sukan3 months ago
Siaran langsung Malaysia vs Thailand 7 Januari 2023
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya ‘bakal’ guna Stadium Sultan Ibrahim – TMJ
-
Sukan3 months ago
TMJ ‘lawat’ Pemain Skuad AFF 2022 Harimau Malaya
-
Malaysia11 months ago
Lee Zii Jia Tamatkan Penantian 6 Tahun Malaysia
-
Semasa6 months ago
Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia