Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Siram Tanaman Guna Air Basuhan Beras, Ini Cara Yang Betul. Baru Pokok & Tanah Pun Subur

Published

on

Tip Siram Tanaman Guna Air Basuhan Beras, Ini Cara Yang Betul. Baru Pokok & Tanah Pun Subur

Bagi yang bercucuk tanam selalu akan mencari baja terbaik untuk memastikan tanaman subur. Ramai yang sanggup keluarkan belanja sedangkan ada saja bahan di rumah yang boleh digunakan.

Salah satu yang paling terbaik untuk tanaman adalah air basuhan beras. Rugi sungguh kalau dibuang begitu saja. Ada banyak sangat kandungan dalam air beras yang berguna untuk tanaman.

Ushawan tani Faiz Kebun AB Goncang berkongsi manfaat air beras untuk tanaman selain memberi panduan cara siraman menggunakan air beras ini. Ya, untuk menggunakan air basuhan beras ini juga ada caranya. Jika tersilap boleh menjejaskan tanah dan tanaman

Tip Siram Pokok Dengan Air Basuhan Beras

ARTIKEL LAIN : Guna Sarang Telur Tanam Daun Bawang Lagi Mudah, Tak Guna Tanah

Kelebihan air basuhan beras kepada tanaman

  • Berfungsi sebagai baja organik.
  • Mengandungi kandungan nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan mineral lain yang bagus untuk tanaman, tetapi dalam jumlah yang sedikit.
  • Kaya dengan kandungan kanji/karbohidrat/glukosa/gula yang bagus untuk tumbesaran bakteria baik di dalam tanah & akan membantu proses penguraian kompos/nutrien oleh mikrob tanah supaya nutrien dapat dibekalkan kepada pokok dalam bentuk yang mudah diserap oleh tanaman.
  • Boleh menggantikan baja, sekiranya baja dah habis. Namun, pembajaan seperti biasa adalah perlu untuk tumbesaran pokok yang kuat dan sihat.

Pokok kunyit milik Malmisa Swak Lis Lis ini salah satu contoh terbaik hasil siraman air basuhan beras

Cara penggunaan

1. Basuh beras dan ambil air basuhannya (air basuhan pertama dan kedua).

2. Jika menggunakan air yang sedikit untuk membasuh beras & ia terlalu pekat, perlu ditambah dengan air biasa semasa disiram pada pokok kerana air basuhan beras yang pekat bersifat asidik/masam dan akan menjejaskan pH tanah.

3. Siram pada tanah atau boleh juga keseluruhan pokok sebanyak 1-2 kali seminggu.

4. Elak siram pada waktu tengah hari kerana daun pokok akan ada kesan terbakar akibat kejutan perubahan suhu yang mendadak.

5. Air basuhan beras boleh juga disimpan selama 2 hari untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kanji yang baik untuk mikrob tanah, namun pastikan ia dicampur dengan air biasa terlebih dahulu sebelum disiram pada pokok.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Boleh Tuai Sampai 6 Kali Pokok Yang Sama Ikut Cara Ini Untung Tanam Sayur Pak Choy

Sumber: Faiz Kebun AB Goncang

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Halia Dalam Pasu Di Rumah, Mudah, Jimat Dan Hasilnya Sangat Berbaloi

Published

on

Cara Tanam Halia Dalam Pasu Di Rumah, Mudah, Jimat Dan Hasilnya Sangat Berbaloi

Halia merupakan antara bahan asas yang sering digunakan dalam masakan harian masyarakat kita. Selain memberi aroma dan rasa yang unik, halia juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Menariknya, tanaman ini sangat mudah untuk ditanam walaupun hanya menggunakan pasu di rumah.

Bagi anda yang sering membeli halia, jangan buang jika terdapat rizom yang sudah mula bertunas di dapur. Ia sebenarnya boleh digunakan semula untuk menanam pokok halia sendiri di rumah dengan cara yang mudah dan praktikal.

Cara Mudah Merangsang Halia Cepat Bertunas

Sebelum ditanam, halia boleh dirangsang terlebih dahulu supaya cepat mengeluarkan tunas. Langkah ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan selepas ditanam.

  • Bungkus halia menggunakan tisu yang dilembapkan.
  • Masukkan ke dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembapan.
  • Letakkan beberapa hirisan bawang besar di dalam bekas untuk membantu merangsang pertumbuhan tunas.
  • Pastikan tisu sentiasa lembap tetapi tidak terlalu basah bagi mengelakkan reput.
  • Apabila tunas mula muncul, halia sudah sedia untuk ditanam.

Cara Tanam Pokok Halia Dalam Pasu

Penanaman halia dalam pasu tidak memerlukan kawasan yang luas, tetapi pemilihan medium dan kaedah penanaman yang betul amat penting.

  1. Sediakan pasu besar yang boleh menampung sekurang-kurangnya 4 hingga 6 beg tanah.
  2. Gunakan tanah 3-in-1 dari nurseri atau campuran tanah hitam yang subur dan gembur.
  3. Pilih halia tua yang bersaiz besar kerana ia mempunyai lebih banyak mata tunas.
  4. Potong halia lebih kurang 3 inci setiap keratan.
  5. Tanam keratan halia secara terlentang pada kedalaman kira-kira setengah jengkal.
  6. Letakkan dua ketul rizom dalam satu pasu besar dengan jarak sekitar satu jengkal antara satu sama lain.
  7. Selepas ditanam, siram dua kali sehari sehingga pokok mula mengeluarkan daun.

Apabila pokok mencapai ketinggian kira-kira dua kaki, tambahkan lagi tanah ke dalam pasu sehingga penuh bagi menggalakkan pembentukan rizom yang lebih besar.

Penjagaan Pokok Halia

Pada peringkat awal, halia memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhan akar dan tunas. Namun selepas tiga bulan, kekerapan siraman perlu dikurangkan kepada sekali sehari atau bergantung kepada keadaan tanah.

Baja semula jadi juga boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman, antaranya:

  • Air basuhan beras
  • Air basuhan ikan
  • Kulit bawang
  • Kulit telur kering
  • Sisa makanan organik seperti nasi lama

Tanda Pokok Halia Sedia Dituai

Pokok halia akan menunjukkan beberapa tanda apabila sudah matang dan sedia untuk dituai.

  • Daun mula menguning dan layu secara semula jadi.
  • Sesetengah pokok mungkin mengeluarkan bunga, menandakan pertumbuhan yang baik.
  • Rizom menjadi lebih besar dan padat apabila diperiksa di dalam tanah.

Tempoh Menuai Halia

Terdapat dua jenis halia yang biasa dituai mengikut tempoh penanaman:

Halia Muda

  • Tempoh: 4 hingga 6 bulan
  • Tekstur: Lembut dan kurang berserat
  • Kegunaan: Sesuai untuk masakan segar dan rasa ringan

Halia Tua

  • Tempoh: 8 hingga 10 bulan
  • Tekstur: Lebih keras dan berserat
  • Kegunaan: Sesuai untuk rempah, jeruk atau bahan kering

Penutup

Menanam halia di dalam pasu merupakan satu aktiviti yang mudah, menjimatkan dan sangat berbaloi. Dengan penjagaan yang betul, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos dapur, malah dapat menikmati hasil halia segar yang lebih bersih dan bebas bahan kimia.

Jika anda mempunyai ruang kecil di rumah, tidak ada salahnya untuk mencuba menanam halia sendiri kerana hasilnya pasti memberi kepuasan tersendiri.

Continue Reading
Advertisement

Trending