Connect with us

Tips Dan Petua

Teknik Mudah Buang Tulang Ikan, Sekali Tarik Semua Tulang Keluar. Barulah Senang Nak Makan

Published

on

Teknik Mudah Buang Tulang Ikan, Sekali Tarik Semua Tulang Keluar. Barulah Senang Nak Makan

Ikan kembung merupakan antara jenis ikan kerap dijadikan menu utama untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Ia juga juga merupakan hidangan yang sesuai dimakan oleh semua sehinggalah anak-anak.

Namun bagi ibu ibu, ada juga kerisauan khususnya kepada anak-anak memandangkan ikan kembung jenis ikan yang mempunyai banyak tulang. Maka risīko untuk anak-anak kecik khususnya untuk tercekīk tulang itu ada. Jadi ibu-ibu yang mempunyai kerisauan ini boleh mengatasinya dengan cara membuang semua tulang ketika membersihkan ikan kembung tersebut.

Para ibu tidak perlu bersusah payah untuk potong isi ikan untuk buang tulang ini, cuma hanya perlu tahu teknik yang betul. Sekali tarik semua tulang keluar.

Teknik Mudah Buang Tulang Ikan

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Lengat, Nikmat Sungguh Makan Bila Digoreng. Boleh Ratah Sampai Ke Tulang

Inilah yang kongsikan oleh Nana Mea Soffea, beliau menunjukkan cara untuk buang tulang ikan, sekali tarik semua tulang keluar. Barulah senang untuk kita makan

Mari kita ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh Nana Mea Soffea ini.

CARA-CARANYA

Hai Assalamuaikum semua, hari ini nana ada beli ikan kembung murah, ikan tu kecik-kecik.. jadi susahlah nak makan kan? Sebab banyak tulang.

Jadi nak tunjukkan kepada anda semua macam mana nak buang semua tulang ikan kembung ni..

STEP 1

Mula-mula siang ikan seperti biasa, potong bahagian tulang yang hubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.

STEP 2

Boleh tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.

STEP 3

Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sampai ke hujung.

STEP 4

Kemudian kepak atau patahkan tulang di bahagian ekor.

STEP 5

Gunting tulang utama di bahagian leher ikan

STEP 6

Pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang ikan yang ada akan keluar sekali waktu ini.

SIAP DAH

Ok, nana tunjuk ye ikan nana dah goreng. Kita patahkan dua.. nampak tak? Takda tulang pun.. boleh terus gigit! Menarik dan mudahkan?

Selamat Mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer

Jika ada kurang jelas boleh tonton video yang Nana Mea Soffea sediakan ini.

Kredit : Nana Mea Soffea

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Semai Pokok Limau Kasturi Guna Keratan Batang, Mudah Hidup Dalam Pasu

Published

on

Cara Semai Pokok Limau Kasturi Guna Keratan Batang, Mudah Hidup Dalam Pasu

Pokok limau kasturi antara tanaman yang sesuai ditanam di rumah kerana buahnya sering digunakan dalam pelbagai masakan, minuman dan petua tradisional. Dengan memiliki sekurang-kurangnya sepokok di halaman atau balkoni, anda tidak lagi perlu membeli limau setiap kali ingin menggunakannya.

Selain ditanam daripada biji benih, limau kasturi juga boleh dibiakkan menggunakan keratan batang. Kaedah ini lebih digemari kerana pokok biasanya lebih cepat membesar dan berbuah berbanding tanaman daripada biji.

Jika dilakukan dengan teknik yang betul, keratan batang mampu mengeluarkan akar dalam tempoh beberapa minggu sebelum dipindahkan ke pasu yang lebih besar.

Kelebihan Menanam Limau Kasturi Melalui Keratan Batang

  • Lebih cepat membesar berbanding semaian biji benih.
  • Ciri-ciri pokok induk dapat dikekalkan.
  • Sesuai ditanam dalam pasu atau ruang yang terhad.
  • Proses penyediaan lebih mudah dan kos yang rendah.

Cara Semai Keratan Pokok Limau Kasturi

1. Pilih batang yang sesuai

Pilih ranting daripada pokok limau kasturi yang sihat, pernah atau sedang mengeluarkan buah serta mempunyai daun yang segar.

Pastikan batang tidak terlalu muda kerana mudah layu, dan tidak terlalu tua kerana lebih lambat mengeluarkan akar.

2. Sediakan keratan batang

Potong keratan mengikut saiz yang sesuai. Buang pucuk, duri dan lebihan daun, kemudian tinggalkan dua atau tiga helai daun sahaja.

Potong separuh daripada setiap helai daun bagi mengurangkan kehilangan air melalui proses penyejatan, sekali gus membantu keratan kekal segar sepanjang proses pengakaran.

3. Tanam dalam medium semaian

Gunakan medium yang mempunyai saliran baik seperti campuran cocopeat, sekam bakar dan tanah hitam.

Cucukkan keratan ke dalam medium yang telah dilembapkan dan padatkan tanah di sekeliling batang supaya ia tidak mudah bergerak.

Jika ada, sapukan hormon atau penggalak akar pada bahagian bawah keratan untuk membantu mempercepatkan pembentukan akar.

4. Buat sungkupan

Tutup keratan menggunakan bekas plastik lutsinar atau cawan plastik bagi mengekalkan kelembapan di sekeliling pokok.

Letakkan semaian di kawasan yang redup dan mempunyai pengudaraan yang baik. Siram sedikit apabila medium mula kering dan tutup semula sungkupan selepas selesai menyiram.

Bila Perlu Pindahkan Anak Pokok?

Selepas keratan mengeluarkan akar dan pucuk baharu, anak pokok boleh dipindahkan ke pasu yang lebih besar.

Kebiasaannya, dalam tempoh sekitar tiga bulan, anak pokok sudah cukup stabil untuk dipindahkan dan meneruskan pertumbuhan di bekas yang lebih luas.

Tip Supaya Pokok Limau Kasturi Cepat Rendang

Apabila pokok mula mengeluarkan pucuk baharu, lakukan cantasan pada bahagian pucuk utama bagi merangsang pertumbuhan lebih banyak cabang.

Kaedah ini membantu membentuk pokok yang lebih rendang sejak usia muda dan berpotensi menghasilkan lebih banyak bunga serta buah apabila matang.

Penjagaan Selepas Dipindahkan

  • Letakkan pokok di kawasan yang menerima cahaya matahari sekurang-kurangnya enam jam sehari.
  • Siram apabila permukaan tanah mula kering.
  • Berikan baja mengikut keperluan selepas pokok benar-benar stabil.
  • Pastikan pasu mempunyai sistem saliran yang baik bagi mengelakkan akar reput.
  • Lakukan cantasan ringan secara berkala untuk membentuk pokok yang lebih rimbun.

Kesimpulan

Menyemai pokok limau kasturi menggunakan keratan batang merupakan kaedah yang mudah dan sesuai untuk mereka yang ingin menanam sendiri di rumah. Dengan pemilihan batang yang sihat, medium tanaman yang sesuai serta teknik sungkupan yang betul, peluang keratan hidup menjadi lebih tinggi.

Dengan sedikit kesabaran dan penjagaan yang konsisten, anda boleh menikmati pokok limau kasturi yang subur, rendang dan mengeluarkan buah sendiri walaupun hanya ditanam di dalam pasu.

Sumber: Pyan Sempoy

Continue Reading
Advertisement

Trending