Tak Payah Beli Lagi, Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Yang Sedap Dan Senang Sangat
Kadang-kadang rasa teringin pulak nak makan ayam gunting Uncle Bob tu. Sedapnya rangup-rangup pedas gitu. Biasanya kalau beli satu mesti tak cukup.
Apa kata kita cuba buat sendiri. Mesti lagi banyak dapat jimat kan. Tapi macam mana cara buat ayam gunting sedap macam tu?
Jom kita tengok resepi ayam gunting yang dikongsikan oleh Puan Zaitun Abd Hamid ini. Bila Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!
RESEPI AYAM GUNTING UNCLE BOB SEDAP & MUDAH
ARTIKEL LAIN : Nasi Lebihan Banyak Boleh Buat Bepang Rangup Manis, Senang Nak Buat
Dah berapa kali janji dengan anak nak buat ayam gunting. Selama ni asyiklah membeli hari-hari sampai RM12 habis.
Sebenarnya tak susah mana pun nak buat ayam gunting Uncle Bob ni. Alhamdulillah saya buat first time menjadi. Bahan pun simple je.
Jom saya kongsikan resepinya di bawah ni.
BAHAN-BAHAN
- Isi ayam bahagian dada (yang dah dibuang tulang)
- Basuh bersih dan potong nipis
BAHAN PERAP
- 4 sudu sos tiram
- 4 sudu serbuk BBQ / sos black pepper Kimball
- Sedikit perahan limau / lemon
- Gaul semua bahan dan perapkan ayam selama 1 jam
Saya gunakan sos BBQ jenis ni. Memang sedap, kalau buat chicken chop pun saya biaa pakai yang ni.
BAHAN SADURAN
- Tepung Bestari pedas / original (ikut suka)
- Tepung ubi / tepung beras
- Sedikit serbuk roti (breadcrumbs)
- Resepi ayam gunting uncle bob
TAMBAHAN
Serbuk cili / serbuk lada putih untuk ditaburkan selepas goreng nanti
CARA MENGGORENG
1. SALUTKAN AYAM DENGAN BAHAN SADURAN
Selepas diperap, salutkan ayam tadi dengan semua bahan saduran di atas.
Tumbuk-tumbukkan sikit ayam tu guna lesung batu supaya bahan perasa daripada campuran tepung dapat melekat pada ayam.
2. GORENG MACAM BIASA
Kemudian agak-agak dah sebati dan bersatu ayam dengan campuran tepung tu, bolehlah panaskan kuali, bubuh minyak masak dan goreng macam biasa.
3. TABUR SERBUK CILI / LADA PUTIH
Akhir sekali, taburkan sedikit lada putih dan serbuk cili untuk tambahkan lagi perasanya.
Baru ‘kick‘!
Lepas tu bolehlah guntingkan ikut suka ayam tu nak besar macam mana.
MUDAH & JIMAT BUAT SENDIRI DEKAT RUMAH
Dah siap, tengok hasilnya. Sekali pandang, sebijik macam ayam gunting Uncle Bob!
Tak payah susah-susah nak beli lagi, boleh buat sendiri kat rumah. Semua dapat makan puas-puas.
Simple je kan? Bolehlah buat kudap-kudap hujung minggu ni. selamat mencuba!
ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Ayam Bakar Mayonis, Tinggal Perap Kemudian Bakar Je
Sumber/Foto : Zaitun Abd Hamid
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: