Connect with us

Tips Dan Petua

Singgang Tumis Ikan Selar, Padankan Bersama Budu, Terus Tak Pandang Kiri Kanan!

Published

on

Cara Buat Singgang Tumis Ikan Selar, Terus Tak Pandang Kiri Kanan!

Salah satu makanan yang sangat sesuai untuk dibuat lauk tengahari adalah singgang tumis ikan selar. Cara penyediaan dan bahan juga sangat mudah.

Singgang tumis ini juga cukup sempurna jika hanya dimakan bersama nasi putih dan budu. Memang tak pandang kiri dan kanan dah!

Bak kata orang, lauk yang tidak ‘heavy and just nice‘. Jom baca resipi di bawah ini.

RESIPI SINGGANG TUMIS IKAN SELAR

Bahan-bahan:

  • Ikan selar atau pilihan lain (sebaiknya ikan kembung pelaling), gaul dengan sedikit garam.
  • 2 biji bawang besar, 5-6 ulas bawang putih, dan 2 inci halia (dihiris kasar).
  • 2 batang serai (dititik).
  • 1-2 biji cili merah besar atau cili padi untuk rasa pedas.
  • 1 keping asam keping.
  • 1 biji tomato (dibelah).
  • Belacan sebesar hujung ibu jari (dihancurkan).
  • Serbuk kunyit.
  • Garam dan secubit perasa (aji).

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis, masukkan semua bahan2 hiris dn serai td..tumis hingga semua nya keperangan dn naik bau..
  2. Kemudian masukkan air ikut keperluan masing2 byk mana nk kuahnya..biarkan mendidih, baru masukkan serbuk kunyit, asam keping dn belacan yg dh dihancurkan..
  3. Tunggu sekejap biar warna kuning kunyit cantik sekata..
  4. Last masukkan ikan, dn tomato tambahkan garam n secubit aji secukup rasa..api kecikkan..
  5. Ikan jgn masak lama2..agak 4 -5 min cukup dh boleh padam kan api..
  6. Siap tuk dihidangkan..

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Haidah Md Said

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending