Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Published

on

Cara Buat Jelly Teh Bunga, Punya Sedap Sampai Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Resipi hari ini menggabungkan kesegaran jelly teh bunga dengan manisnya laici dan keharuman daun pudina, menghasilkan satu air yang sangat refreshing!

Sesuai untuk dihidangkan terutama sekali ketika cuaca panas sekarang, confirm minum tak toleh kiri kanan. Kalau anda merancang untuk ke picnic hujung minggu ini, air ini juga sangat sesuai sebagai menu utama!

Berikut adalah cara penyediaan jelly teh bunga bersama laici dan daun pudina. Resipi asli oleh Cik Puan Marissa Brand.

RESIPI JELLY TEH BUNGA

Bahan-bahan:

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 tin laici
  • 2 kotak teh bunga kurang gula (1L setiap kotak)
  • Asam ko
  • Daun pudina
  • Limau kasturi
  • Gula melaka

Cara Penyediaan:

1. Panaskan 2 kotak teh bunga (2L) dalam periuk.

2. Apabila air teh bunga sudah panas, masukkan gula melaka yang telah dihancurkan. Kacau sehingga gula melaka larut sepenuhnya.

3. Masukkan 1 pek serbuk jelly ke dalam periuk dan kacau sehingga larut.

4. Masukkan beberapa helai daun pudina ke dalam campuran untuk menambah aroma. Kacau sebentar dan biarkan mendidih.

5. Setelah mendidih, tutup api dan keluarkan daun pudina. Tuang campuran jelly ke dalam bekas pilihan dan biarkan sejuk selama 2-3 jam sehingga mengeras.

6. Untuk menghidangkan, masukkan ais kiub ke dalam gelas.

7. Tuang jelly yang telah mengeras ke atas ais kiub.

8. Tambahkan perahan limau kasturi ke dalam gelas.

9. Hias dengan sedikit asam, buah laici, dan beberapa helai daun pudina.

10. Hidangan Jelly Teh Bunga dengan Laici dan Limau Kasturi kini siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Sumber : Marissa Brand, Nanie Share Resepi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Pes Bawang Putih Homemade Tahan Lama & Mudahkan Kerja Memasak

Published

on

Cara Buat Pes Bawang Putih Homemade Tahan Lama & Mudahkan Kerja Memasak

Bagi ibu bekerja, pengurusan masa di dapur sememangnya sangat penting. Selepas penat bekerja seharian, masih perlu menyediakan makanan untuk keluarga di rumah. Disebabkan itu, ramai memilih untuk menyediakan bahan masakan lebih awal supaya kerja memasak menjadi lebih cepat dan mudah.

Salah satu bahan yang sering digunakan dalam masakan harian ialah bawang putih. Namun, bawang putih yang disimpan terlalu lama mudah rosak, kering atau bertunas jika tidak dijaga dengan betul.

Jadi, antara cara paling praktikal ialah dengan menyediakan pes bawang putih homemade. Selain tahan lebih lama, pes ini juga sangat memudahkan urusan memasak harian kerana hanya perlu dicedok terus ke dalam masakan.

Bahan Utama

  • Bawang putih secukupnya
  • Air
  • Minyak masak

1. Kupas & Bersihkan Bawang Putih

Langkah pertama ialah mengupas semua bawang putih yang ingin digunakan. Selepas itu, basuh sehingga bersih bagi memastikan tiada sisa kotoran atau kulit tertinggal.

Kebersihan bahan sangat penting supaya pes bawang putih dapat tahan lebih lama ketika disimpan.

2. Kisar Dengan Nisbah Air Yang Betul

Masukkan bawang putih ke dalam pengisar dan tambahkan air.

Gunakan nisbah 1 bahagian air dan 3 bahagian bawang putih supaya tekstur pes tidak terlalu cair.

Kisar sehingga menjadi pes yang halus dan sekata.

3. Tumis Dengan Minyak Yang Banyak

Panaskan minyak dalam kuantiti yang agak banyak sehingga pes bawang putih dapat tenggelam ketika ditumis.

Minyak bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi selain membantu pes tahan lebih lama di dalam peti sejuk.

Untuk permulaan, gunakan api kuat selama beberapa saat sebelum memperlahankan api kepada sederhana.

4. Kacau Selalu Supaya Tidak Hangus

Semasa menumis, kacau pes bawang putih dengan kerap bagi memastikan ia masak sekata dan tidak hangus di bahagian bawah.

Proses ini juga membantu mengurangkan kandungan air dalam bawang putih supaya pes lebih tahan lama apabila disimpan.

Teruskan menumis sehingga naik bau harum dan warna sedikit berubah.

5. Sejukkan Sebelum Disimpan

Selepas siap dimasak, angkat pes bawang putih dan biarkan seketika sehingga suam.

Kemudian simpan di dalam bekas bersih yang mempunyai penutup rapat sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Pes ini tidak perlu dibekukan dan boleh terus digunakan untuk masakan harian.

Kelebihan Buat Pes Bawang Putih Sendiri

  • Menjimatkan masa memasak.
  • Mudah digunakan bila-bila masa.
  • Lebih tahan lama berbanding bawang putih biasa.
  • Mengurangkan kerja mengupas dan menumbuk bawang setiap hari.
  • Sesuai untuk ibu bekerja dan keluarga sibuk.

Kesimpulan

Pes bawang putih homemade memang sangat membantu untuk memudahkan urusan memasak harian, terutama bagi mereka yang mempunyai jadual padat.

Dengan hanya sekali penyediaan, anda boleh menggunakan pes ini untuk pelbagai jenis masakan tanpa perlu lagi mengupas atau mengisar bawang setiap kali memasak.

Selain menjimatkan masa, dapur juga menjadi lebih kemas dan proses memasak terasa lebih cepat. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Continue Reading
Advertisement

Trending