Connect with us

Tips Dan Petua

Senang Rupanya Buat Peanut Butter Homemade, Cuma 3 Langkah Saja. Lagi Sedap & Jimat

Published

on

Cara Buat Peanut Butter Homemade Senang Rupanya, Cuma 3 Langkah Saja. Lagi Sedap & Jimat

Selain kaya, sapuan mentega kacang atau peanut butter sentiasa ada di rumah. Bila nak makan roti waktu pagi sapuan inilah yang dicari. Memang sedap.

Tapi sekarang harga peanut butter ini pun dah mahal, apatah lagi jika versi dicampur dengan coklat. Sebagai alternatif boleh juga kalau kita nak buat sendiri. Mungkin ramai yang belum tahu, cara buat peanut butter ini mudah sangat.

Cuma ada 3 langkah dan jika mahu yang sihat bahannya lagi mudah cuma perlukan kacang saja. Jika nak cuba, Nurul Zhafarina berkongsi caranya. Peanut butter homemade ini memang lebih enak, rasa kacang asli.

Cara Buat Peanut Butter Homemade, Lebih Sedap. Modal Kacang Saja

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Aiskrim Kacang Merah Sedap Lemak Manis. Sesuai Buat Makan Sendiri Atau Jualan

Alhamdulillah menjadi jugak peanut butter sihat homemade .

❌ tak ada GULA

❌ tak ada GARAM

❌ tak ada MINYAK

Peanut butter sihat ini harganya agak mahal dijual jadi kalau buat sendiri lebih jimat. Nak buat pun tak susah. Boleh cuba

3 langkah buat peanut butter versi sihat

1. Sangai kacang dalam air fryer suhu 180 darjah lebih kurang 15-18 minit. Saya guna lebih kurang 300++gram kacang shandong tanpa kulit.

2. Tunggu kacang sejuk.

3. Blend sampai keluar minyak ( guna blender kering). Siap!

INFO

  • 3 langkah tapi makan masa bergantung kepada pengisar. Untuk dapat tekstur yang ‘creamy’ atau berminyak begini kacang perlu dikisar lama.
  • Peanut butter ini versi sihat tapi jika nak manis boleh tambah gula semasa mengisar.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Tanam Sendiri Kacang Tanah Dalam Pasu. 3 Bulan Boleh Tuai Hasil

Sumber: Nurul Zhafarina

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Pokok Buah Lebat Daun Tapi Tak Berbuah? Cuba Teknik Pruning Ini

Published

on

Ramai pemilik dusun atau halaman rumah menghadapi situasi yang sama: pokok buah nampak subur dengan daun yang lebat, tetapi langsung tidak mengeluarkan hasil walaupun sudah matang. Keadaan ini memang boleh mengecewakan, namun sebenarnya ada teknik mudah yang boleh membantu merangsang pengeluaran buah iaitu pemangkasan atau pruning.

Teknik ini bukan sekadar membuang dahan, tetapi satu kaedah mengawal pertumbuhan pokok supaya tenaga pokok lebih tertumpu kepada penghasilan bunga dan buah.

Kenapa Pokok Lebat Daun Tapi Tak Berbuah?

Apabila pokok terlalu rimbun, cahaya matahari sukar menembusi bahagian dalam pokok. Keadaan ini menyebabkan pokok lebih fokus kepada pertumbuhan daun dan tunas baru berbanding pengeluaran bunga.

Selain itu, ketidakseimbangan nutrien dan dahan yang terlalu padat juga boleh menghalang proses pembuahan secara optimum.

Cara Pruning Pokok Buah Supaya Cepat Berbuah

1. Buang Tunas Air dan Dahan Tidak Produktif

Langkah utama ialah membuang tunas air yang tumbuh lurus ke atas serta dahan yang terlalu rimbun di bahagian tengah pokok. Fokuskan hanya pada dahan utama yang sihat.

Daun di bahagian hujung dahan boleh dikekalkan untuk memastikan pokok masih mampu melakukan proses fotosintesis dengan baik.

2. Buka Ruang Cahaya Dalam Pokok

Dengan pemangkasan yang betul, cahaya matahari dapat menembusi bahagian dalam pokok. Ini sangat penting untuk merangsang pembentukan bunga dan seterusnya buah.

3. Gunakan Baja Pembungaan dan Buah

Selepas proses pruning, penggunaan baja yang sesuai sangat membantu. Baja yang tinggi kandungan kalium (K) seperti Novatec 15-3-20 boleh digunakan untuk merangsang pembentukan bunga dan buah.

Kombinasi pemangkasan dan pembajaan yang betul akan memberi kesan yang lebih cepat terhadap pengeluaran hasil.

Tujuan Sebenar Pemangkasan Pokok

Pemangkasan bukan sekadar untuk mencantikkan bentuk pokok, tetapi lebih kepada mengimbangi pertumbuhan supaya pokok lebih produktif.

  • Membuang tunas air yang tidak diperlukan
  • Mengelakkan dahan terlalu padat dan bersilang
  • Meningkatkan aliran udara dalam pokok
  • Memaksimumkan cahaya matahari ke seluruh bahagian pokok
  • Merangsang pembungaan dan pembuahan

Jenis Sistem Pemangkasan Pokok Buah

1. Sistem Terbuka Tengah

Dalam sistem ini, bahagian tengah pokok dibuka dengan membuang dahan utama yang terlalu tinggi. Biasanya 3 hingga 4 dahan utama dikekalkan untuk menghasilkan buah.

Kaedah ini sesuai untuk pokok seperti rambutan, longan, pulasan, jambu dan nangka.

2. Sistem Batang Utama

Sistem ini mengekalkan satu batang utama yang tumbuh menegak, manakala dahan sisi dibiarkan tumbuh mendatar.

Ia sesuai untuk pokok seperti durian, manggis, dokong dan cempedak.

Pengalaman Petani

Menurut perkongsian Asri Atan, terdapat kes pokok manggis yang tidak berbuah selama dua tahun akhirnya mula berbunga dengan lebat selepas teknik pruning dilakukan bersama pembajaan yang betul.

Ini menunjukkan bahawa teknik ini bukan sekadar teori, tetapi mempunyai kesan nyata jika dilakukan dengan cara yang betul dan konsisten.

Kesimpulan

Jika pokok buah di rumah atau dusun anda hanya lebat daun tetapi tidak menghasilkan buah, mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan pemangkasan secara strategik.

Gabungan teknik pruning dan pembajaan yang sesuai boleh membantu merangsang pokok untuk kembali produktif dan menghasilkan buah dalam tempoh yang lebih cepat.

Selamat mencuba dan semoga pokok anda kembali berbuah lebat seperti yang diharapkan.

Continue Reading
Advertisement

Trending