Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Tanam Pokok Keladi Lambok Supaya Besar & Tinggi. Tanam Dalam Pasu Atau Kotak Polisterin Pun Boleh

Published

on

Tip Tanam Pokok Keladi Lambok Supaya Besar & Tinggi. Tanam Dalam Pasu Atau Kotak Polisterin Pun Boleh

Bukan main subur dan besar lagi pokok keladi lambok ini. Kalau tanam sepokok dua kat rumah pun dah cukup. Senang nak masak asam rebus atau asam pedas, masak lemak, sayur pedas batang keladi, kerabu dan pelbagai lagi.

Sayur ini tak selalu kita jumpa dijual, jadi kalau nak tanam sendiri elok sangat. Keladi lambok ini boleh kita tanam melalui anak pokok, nak tanam dalam pasu pun boleh ataupun guna kotak polisterin.

Nak pastikan pokok keladi lambok ini subur dan besar boleh rujuk perkongsian dari Ibrisam Wossali

Tip tanam dan penjagaan pokok keladi lambok supaya besar & tinggi

ARTIKEL LAIN : Ini Caranya Tanam Lada Benggala Beli Di Pasar, Ambil Biji Benih Untuk Tanam Sendiri.

Kali ini saya nak berkongsi info dan pengalaman saya menjaga serta menanam pokok keladi lambok.

Pokok keladi ini ada yang tanam dalam pasu besar dan juga kotak polisterin. Yang tanam dalam pasu besar, baru berusia sebulan lebih. Sangat memberangsangkan pertumbuhannya. Salah satu pokok dalam pasu dah ada anaknya.

Mungkin kena dengan cara kaedah penanaman, campuran tanah serta pembajaan pokok keladi ini hidup subur.
Ini kaedah penanaman yang digunakan

– Tanah campuran 3:2:1 (tanah bakar : baja organik : pasir )

– Untuk baja saya guna baja kopi dan buat mulching guna daun kering sekeliling perdu pokok keladi.

– Pokok keladi ini kena letak di tempat kena cahaya matahari sepenuhnya.

– Untuk mendapatkan pokok keladi yang besar dan tinggi, selain faktor tanah dan pembajaan, kena rajin buang atau alihkan anak-anaknya yang tumbuh sekeliling pokok induk.

– Pokok keladi lambok yang saya tanam dalam pasu atau bekas polisterin kebanyakkannya tinggi melebihi 4 kaki. Memang berbaloi ambil 4 pelepah buat masak dah seperiuk cukup utk 5 orang makan.

Semoga bermanfaat.

ARTIKEL LAIN : Tabur Bahan Ini Dan Ikut Caranya Boleh Buatkan Pokok Kantan Subur Serta Berbunga Lebat

Sumber: Ibrisam Wossali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending