Connect with us

Tips Dan Petua

Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!

Published

on

Roti Telur Cheese Bakar, Menu Sarapan Simple Dan Kenyang!

Sarapan pagi kadang nak makan simple jer, apa kata buat resipi Roti Telur Cheese Bakar ini. Hanya gunakan roti, telur, dan juga cheese ternyata boleh menghasilkan menu ringkas yang cukup mengenyangkan. Yang ‘feveret’ cheese mesti tahu resipi ini.

Kadang-kadang bosan juga asyik makan roti bakar salut coklat atau kaya. Kita buat kelainan sikit dan yang penting kenyang! Banyak je resipi yang gunakan roti sebagai bahan utama dan memang ada sedapnya yang tersendiri. (Klik SINI beli cheddar cheese)

Tapi tengok gambar resipi ini sahaja dah buat korang terliur. Nak cuba resipi Roti Telur Cheese Bakar ini, boleh ikut resipi yang dikongsikan sendiri oleh Nor Hartini Hashim ini. Caranya pun mudah sangat!

RESIPI ROTI TELUR CHEESE BAKAR

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Lempeng Yang Lembut, Gebu & Cantik. Makan Dengan Sambal Tumis Pun Sedap

Jom kita lihat apa bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara penyediaannya. Jom masak!

Bahan A:

  • Roti buku

Bahan B:

  • Susu Fresh 200ml
  • 2sdb brown sugar
  • 2sdb butter
  • 4 keping cheddar cheese
  • 2 biji telur
  • 1sdk esen vanila

Cara penyediaan:

1. Satukan ke semua Bahan B. Kacau di atas pan dengan api yang sederhana.

2. Kacau sehingga agak pekat. Dah siap, angkat dan ketepikan.

3. Letakkan bahan B yang sudah dimasak tadi ke atas roti.

4. Kemudian bakar dalam oven kira-kira 10 minit dengan api atas bawah.

5. Selepas itu, 10 minit lagi hanya bakar menggunakan api atas sahaja.

6. Siap dan boleh dihidang.

Nampak meleleh-leleh cheese yang di bakar panas-panas ni. Lagi sedap dimakan dengan sos dan juga mayonis.

Anak-anak yang nak ke sekolah pun boleh dihidangkan menu ini. Boleh juga dijadikan bekalan kesekolah dan sudah pasti mengenyangkan.

Semoga respi roti telur cheese bakar ini dapat memikat hati semua. Yang nak tahu keenakan resepi ni. Korang wajib mencubanya!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

Sumber : Nor Hartini Hashim

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Published

on

Buat Sendiri Kerepek Peria Yang Rangup & Sedap. Sekali Rasa Boleh Layan Sampai Habis Sebalang

Tak makan peria tapi bila rasa kerepek peria terus jadi suka. Rasanya yang sedap, rangup memang boleh buat kita ketagih makan kerepek ini. Jangan bimbang tak pahit pun, kalau terasa pun pahit-pahit manja saja. Itulah yang buat sedap.

Sekali layan boleh habis sebalang kerepek ni, makan dengan nasi pun sedap juga. Kerepek peria ini memang ramai yang jual tapi kitapun boleh saja buat sendiri di rumah sebab cara buatnya ringkas saja.

Kalau nak cuba buat boleh ikut perkongsian Hasnita Namat ini.

Cara Buat Kerepek Peria

Kerepek peria untuk kudap-kudap sambil tengok tv. Makan dengan nasi pun sedap. Cara nak buat seperti di bawah

1. 3 kilo kerepek peria katak siap dibasuh dan ditos. Tak perlu rendam.

2. Sagat hujung peria, kemudian korek guna belakang sudu. Buang biji-biji peria maka jadilah macam ni.

3. Sagat nipis peria, saya guna sagat kerepek pisang. Sagat kena nipis kalau tebal nanti kerepek tak garing dan jadi lemau.

4. Masukkan peria sagat tadi dalam bekas berpenutup untuk kuantiti sekali goreng dulu. Kemudian masukkan tepung goreng Bestari Pedas bersama dengan tepung goreng Bestari asli (kalau guna tepung Bestari Pedas saja kerepek akan rasa sangat pedas).

5. Campurkan juga dengan tepung beras untuk kurangkan rasa masin. Kuantiti tepung ini agak-agak saja.

6. Bila semua tepung dah masuk dalam bekas, tutup bekas tadi dan goncang supaya tepung melekat rata pada peria macam ni.

7. Kemudian panaskan minyak dan goreng. Minyak kena banyak dan panas. Dah garing bolehlah diangkat dan tos minyak.

8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerepek tahan lama dan kekal rangup.

TIP : Supaya kerepek tak bertukar warna gelap, ceduk atau tapis lebihan tepung dalam minyak dan buang.

Selamat mencuba.

Sumber: Hasnita Namat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending