Connect with us

Tips Dan Petua

Nak Buat Nasi Ayam Penyet Punyalah Senang. Sekejap Dah Siap! Tak Payah Beli dah

Published

on

Nak Buat Nasi Ayam Penyet Punyalah Senang. Sekejap Dah Siap! Tak Payah Beli dah

Sekarang ni, di mana-mana saja ada tawarkan menu nasi ayam penyet. Sambutan hangat terhadap menu yang lengkap dengan cita rasa pedas dan berempah ini membuatkan ramai yang suka makan nasi ayam penyet.

Nak membuat menu ini memang perlukan banyak bahan. Senang cakap, memang penuh satu pinggan dengan hidangan sampingan nasi ayam penyet ni. Ada tempe goreng, tauhu goreng, sayur dan sambal. Jom try buat sendiri. (Klik SINI beli sambal ayam penyet)

Ayam penyet ini yang penting sambalnya. Bahan yang lain-lain cuma digoreng.

Cara Buat Nasi Ayam Penyet

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Pesamah Daging Untuk Makan Dengan Nasi Minyak, Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa

Nasi ayam penyet, selalu kita beli walhal nak buat hidangan ini punyalah senang. Tak percaya boleh ikut resipi dari Puan Jida Jat ini.

Bahan-bahan untuk sambal:

  • Bawang Besar 1 Labu
  • Bawang Putih 3 Ulas
  • Cabai Merah 4 Biji
  • Cabai Melaka Hijau 20 Biji
  • Tomato 3 Biji
  • Belacan Sikit(guna ikan bilis pun boleh)

Cara membuat

1. Goreng bahan-bahan untuk sambal penyet macam dalam gambar. Bila dah layu.Toskan.

2. Kemudian kisar atau tumbuk. Masukkan perasa sesedap rasa.

Bahan Ayam Goreng & Tempe

  • Ayam
  • Tepung Gandum 4 Sudu
  • Tepung Jagung 4 Sudu
  • Sedikit Kunyit dan Rempah Kari Daging
  • Perasa

1. Gaul bahan-bahan dengan ayam dan goreng.

2. Goreng juga tempe dan hidang bersama ulam seperti kacang, timun atau daun salad. Siap!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Terung Goreng Garlic Chili Oil, Resepi Simple Yang Buat Bertambah Nasi!

Sumber: Puan Jida Jat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Published

on

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.

Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.

Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan

Tip Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah

Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.

Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.

Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.

Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Mior Zailan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending