Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!

Published

on

Cara Buat Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!

Pengat labu sesuai dijadikan menu pencuci mulut untuk minum petang. Cara penyediaannya juga cukup mudah bagi sesiapa yang mahu mencuba.

Menu ini biasanya sering dimasak ketika bulan puasa. Maklumlah, selepas seharian berpuasa mesti teringin nak makan sesuai yang manis. Namun begitu, sebenarnya manisan ini boleh dimakan pada bila-bila saja. Bukan pada bulan Ramadan sahaja. (Klik SINI untuk membeli desert pengat labu)

Jika ada yang mahu mencuba memasaknya, mari kita ikuti resipi lengkap langkah demi langkah hasil perkongsian oleh Aisyah Humaira di bawah.

RESEPI ATAU CARA BUAT PENGAT LABU LEMAK MANIS

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Pau Lembut Dan Gebu, Senang Rupanya Buat Sendiri. Inti Boleh Letak Ikut Cita Rasa

Bahan-bahan Buat Pengat Labu:

  • 1 biji labu saiz sederhana dibuang kulit, biji dan cuci bersih
  • 1 ketul gula melaka atau ikut manis disukai
  • 2 cubit garam
  • 2 kotak kecil santan
  • 4 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara:

1. Didihkan air mengikut kuantiti kuah yang diingini. Masukkan labu yang telah dipotong beserta gula melaka dan biji sagu. Masak menggunakan api sederhana sehingga labu separuh empuk (hampir masak)

2. Masukkan santan, garam dan daun pandan. Kacau sebati. Biarkan labu masak dan empuk.

3. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuah Lontong Yang Sedap & Pekat

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masalah Mesin Basuh Air Keluar Terus Menerus, Tak Bertakung. Ikut DIY Ini Untuk Baiki Sendiri

Published

on

Masalah Mesin Basuh Air Keluar Terus Menerus, Tak Bertakung. Ikut DIY Ini Untuk Baiki Sendiri

Masuk pakaian dalam mesin basuh tapi dah lama on, tak juga berfungsi. Rupa-rupanya air yang masuk ke dalam mesin air keluar terus menerus, langsung tak bertakung.

Kalau begini memang mesin basuh takkan berfungsi selagi air tak penuh.

Jika masalah ini berlaku pada mesin basuh di rumah, berita baiknya ia antara masalah yang boleh kita baiki sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Hairul Vcool.

DIY Masalah Mesin Basuh Air Keluar Terus Menerus

ARTIKEL LAIN : Mesin Basuh Air Keluar Perlahan Boleh Baiki Sendiri. Caranya Pun Senang, Jimat!

1. Pertama sekali kalau ada air dalam mesin basuh buang air sampai habis. Kemudian tutup suis.

2. Seterusnya buka bahagian belakang mesin basuh. Bila sudah dibuka perhatikan di bahagian bawah dan kita akan nampak alat yang dinamakan stoper valve.

3. Buka alat tersebut. Kemudian dan bersihkan kotoran dan daki yang melekat pada barrow iaitu bahagian getah hitam. Kalau getah pada barrow ini sudah lembik seeloknya ditukar.

4. Kemudian bersihkan juga lagi satu bahagian yang bertakung air. Keluarkan semua yang tersumbat. Kalau tengok di sini ada benda asing. Keluarkan.

5. Akhirnya sekali pasang semula stoper valve tadi sebagaimana asal dan boleh cuba gunakan mesin basuh. Kebiasaannya selepas servis bahagian ini masalah air mesin basuh keluar akan selesai.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Cuci Mesin Basuh Yang Berkeladak Sampai Bersih

Sumber: Hairul Vcool

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending