Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia. Tak Perlu Guna Kerisik!

Published

on

Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia. Tak Perlu Guna Kerisik!

Salah satu masakan sedap dari Indonesia yang wajib dicuba adalah “rendang daging minang”. Menu ini sedap dimakan bersama nasi putih, ketupat, lemang, pulut kuning dan sebagainya.

Cara memasak rendang minang ini juga cukup mudah, malah tidak renyah dan bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak. Selain itu, resipi ini juga tidak perlu menggunakan minyak, tidak perlu ditumis dan tanpa kerisik.

Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi perkongsian oleh Puan Ayu Susanti. Menurutnya, resipi ini dipelajari daripada ibunya yang berasal dari Padang, Indonesia.

Resipi Rendang Daging Minang Ori Dari Indonesia..

ARTIKEL LAIN : Rahsia Sup Tulang Lagi Sedap, Kena Tumis Batang Saderi & Lobak Merah Yang Dikisar

Bahan-bahan A:

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering pedas*
  • Halia*
  • Lengkuas*

Bahan-bahan lain:

  • Daging
  • Daun kunyit
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Daun salam
  • Santan
  • Garam
  • Ajinamoto

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan A.

2. Panaskan kuali, masukkan daging serta semua bahan-bahan A yang sudah dikisar tadi.

3. Tak perlu minyak dan tak perlu menumis.

4. Kemudian, masukkan juga daun kunyit, serai, daun limau purut dan serai.

5. Bila dah mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto.

Info: 1 kg daging bersamaan 1kg santan. Orang minang masak rendang tak pernah guna kerisik.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sambal Tumbuk Cili Hijau, Nampak Simple Sahaja Tapi Bila Makan Memang Tak Toleh Kiri Kanan Dah!

Kredit resipi : Ayu Susanti

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Petua Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Rosak

Published

on

Petua Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama & Tidak Cepat Rosak

Kelapa parut sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan kuih tradisional seperti kuih muih, inti kelapa, rendang serta santan segar. Sebab itu ramai yang gemar membeli dalam kuantiti banyak untuk dijadikan stok di rumah.

Namun masalah yang sering berlaku ialah kelapa parut mudah rosak jika disimpan terlalu lama. Jika tidak disimpan dengan cara yang betul, kelapa boleh cepat masam, berbau kurang enak dan akhirnya tidak lagi sesuai digunakan.

Bagi mengelakkan pembaziran, ada cara mudah yang boleh diamalkan supaya kelapa parut tahan lebih lama walaupun disimpan dalam peti sejuk beku.

Bahan-Bahan Diperlukan

  • Kelapa parut
  • Sedikit garam

Cara Simpan Kelapa Parut Supaya Tahan Lama

1. Masukkan Kelapa Parut Ke Dalam Loyang

Letakkan kelapa parut di dalam loyang atau bekas yang sesuai sebelum proses seterusnya dilakukan.

2. Gaulkan Bersama Garam

Taburkan sedikit garam pada kelapa parut dan gaul hingga sebati.

Garam bertindak membantu melambatkan proses pereputan sekaligus menjadikan kelapa lebih tahan lama ketika disimpan.

3. Kukus Selama 15 Minit

Panaskan pengukus terlebih dahulu sebelum memasukkan loyang berisi kelapa parut.

Kukus selama kira-kira 15 minit bagi membantu mengekalkan kesegaran kelapa dan mengurangkan risiko cepat rosak.

4. Sejukkan Sebelum Disimpan

Selepas dikukus, biarkan kelapa parut sejuk sepenuhnya.

Kemudian bahagikan mengikut anggaran sekali guna dan simpan di dalam plastik atau bekas bertutup rapat.

5. Simpan Dalam Peti Sejuk Beku

Masukkan kelapa parut ke dalam bahagian freezer supaya tahan lebih lama dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

Apabila mahu digunakan, hanya ambil kuantiti yang diperlukan dan kukus semula seketika sebelum digunakan dalam masakan atau kuih.

Tips Tambahan Untuk Dapatkan Santan Pekat

Jika mahu menghasilkan santan yang lebih pekat dan berlemak, kisar kelapa parut bersama sedikit air sebelum ditapis.

Untuk hasil yang lebih maksimum, proses kisaran boleh diulang sehingga tiga kali bagi mendapatkan lebih banyak santan.

Kelebihan Simpan Kelapa Parut Cara Ini

  • Kelapa lebih tahan lama dan tidak cepat masam.
  • Mudah dijadikan stok untuk masakan dan kuih.
  • Menjimatkan masa ketika memasak.
  • Mengelakkan pembaziran bahan dapur.

Penutup

Kelapa parut memang antara bahan penting dalam dapur masyarakat Malaysia, terutama bagi penggemar kuih tradisional dan masakan bersantan.

Dengan teknik penyimpanan yang betul, kelapa parut boleh tahan lebih lama tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya. Jadi selepas ini, bolehlah simpan stok kelapa parut di rumah dengan lebih mudah dan praktikal.

Continue Reading
Advertisement

Trending