Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Sup Ayam Ala Thai, Rasa Pedas & Masam Memang Menyelerakan! Jom Cuba

Published

on

Resepi Sup Ayam Ala Thai, Rasa Pedas & Masam Memang Menyelerakan! Jom Cuba

Kepada yang pernah atau selalu ke Thailand mesti anda pernah rasa dan nikmati sup ayam di sana? Rasanya memang lain sangat berbanding dengan versi Malaysia punya. Apa-apa makanan di negeri sana semuanya sedap belaka. Kerana ia dilengkapi dengan semua rasa.

Rasa masam, rasa manis, rasa masin semua ada. Memang sedap! Jadi mari kita cuba resepi Sup Ayam Thai dari Tini Joe yang dikongsikan di Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Minyak Masak
  • Celery
  • Lobak Merah
  • Kiub Ayam
  • Sup Bunjut Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi cukup rasa
  • Thai Fish sauce
  • Daun Ketumbar / Coriander
  • Hirisan bawang besar (wedges)
  • Cili potong
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Perahan asam limau nipis
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Serai

(Berapa biji kuantiti bahan tumis terpulang kepada kuantiti ayam dan kuah sup)

Cara-cara:

1. Tumbuk: Bawang putih + Halia

2. Potong: Bawang merah + Bawang besar + Serai

3. Ketuk: Cili

4. Minyak sikit. Tumis semua sekali.

5. Campur hirisan lemak ayam.

(Nak terus letak Daun Limau Purut pon boleh)

6. Tumis sampai layu/garing/wangi. Api medium.

7. Basuh dan potong ayam, celery dan lobak merah.

8. Tunggu bau naik baru masukkan bahan dalam periuk.

9. Bila air dah menggelegak, masuk ayam dulu. Lepastu baru masukkan celery dan lobak merah.

10. Tutup periuk dan biarkan.

11. Kemudian masukkan kiub ayam, sup bunjut Adabi, garam, gula, Maggi cukup rasa dan thai fish sauce.

Akhir sekali masukkan bahan dibawah:

  1. Daun Ketumbar / Coriander
  2. Hirisan bawang besar (wedges)
  3. Cili potong
  4. Tomato
  5. Daun limau purut
  6. Perahan asam limau nipis

Sumber : Tini Joe

Selamat Mencuba!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar

Published

on

Resipi Ayam Perap Mayo Jilat Jari, Boleh Pilih Nak Goreng Atau Bakar

Kalau ibu-ibu sudah jemu asyik masak menu yang sama atau sudah kering idea nak masak masakan apa dengan menggunakan ayam, boleh cuba resipi Ayam Perap Mayo ini.

Rasanya sangat sedap kerana telah diperap dengan mayonis yang berlemak, sesuai untuk digoreng atau dibakar. Bahan yang digunakan juga sangat mudah dan tidak rumit.

Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Ezani Hana Syafniza untuk rujukan anda semua. Boleh dibuat untuk makan tengahari nanti untuk seisi keluarga. Selamat mencuba!

Resipi Ayam Perap Mayo

Bahan-bahan:

  • Ayam ikut suka berapa banyak
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Mayonis
  • Sos Tiram
  • Kicap (saya pakai kicap manis)
  • Honey
  • Serbuk Cukup Rasa @ Kiub Ayam

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang putih dan halia.

2. Campur semua bahan dan gaul sebati. Boleh ubah kuantiti bahan mengikut citarasa masing-masing. Jika mahu rasa manis atau lebih berlemak, lebihkan madu dan mayonis.

3. Perap selama 5 jam ke atas.

4. Sedia untuk digoreng atau dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber : Ezani Hana Syafniza

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending