Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Roti Nan Gebu Simple Sangat. Bubuh Cheese Lagi Sedap

Published

on

Resepi Roti Nan Gebu Simple Sangat. Bubuh Cheese Lagi Sedap

“Kadang tu rasa boring jugak kalau asyik makan nasi… Rasa teringin nak makan roti, lagi best kalau yang ada cheese atau garlic tu. Fuhh, kalau dapat panas-panas, ratah macam tu je pun dah sedap kan?”

Memang sedap makan roti nan. Tapi nak mencarinya satu hal jugak… Tak banyak kedai yang ada jual. Kadang tu rasa tak kena dengan tekak kita.

Jadi, jom cuba buat sendiri ikut resepi roti nan Puan Fatihah Hamid ni.

Nampak mudah. Memang gebu-gebas hasilnya!

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara nak buat roti nan selengkapnya.

Resepi Roti Nan Simple. Gebu Sangat, Bubuh Cheese Lagi Sedap!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Sedap, Terasa Lemak Manisnya

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum, hibu guna bakers choice
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver atau boleh guna baking powder
  • 1+1/4 cawan air
  • 3 sudu besar minyak masak / Olive oil (saya campurkan)

Cara-cara

1. Adun Semua Bahan Menjadi Doh

  • Mula-mula gaulkan semua bahan dan adunkan sehingga menjadi doh.

2. Rehatkan Doh 30 Minit

  • Lepas tu tutup doh dan rehatkan lebih kurang 30 minit.
  • Doh akan naik hingga 2 kali ganda.

3. Keluarkan Angin & Canai

  • Kemudian, tumbuk doh bagi keluar angin.
  • Dan bulatkan ikut besar mana kita nak roti nan tu.
  • Lepas tu canaikan.

4. Bubuh Cheese / Garlic

  • Masa ni kalau nak bubuh cheese pon boleh.
  • Lepas dah bubuh cheese, bulatkan balik dan canaikan semula.
  • Yang suka perasa garlic pun boleh bubuh bawang putih yang dicincang / ditumbuk, butter dan parsley / daun ketumbar untuk sapuan masa masak nanti.

*Kalau suka roti nan yang kosong, skip langkah ni dan terus masak atas api.

5. Masak

  • Saya masak roti yang dah dicanai tadi di atas kuali non-stick pan.
  • Guna api paling kecil dan tutup dengan tudung periuk masa memasak tu.
  • Agak-agak dah masak, bolehlah angkat.

Siap!

Boleh Cicah Dengan Kuah Atau Ratah Macam Tu Je

Mudah kan?

Macam nilah kejadiannya bila dah siap. Tengok dalam dia, memang gebu habis!

Lepas ni bolehlah cuba buat roti nan sendiri dekat rumah.

Lagi jimat, sedap, segar dan boleh makan puas-puas.

Rugi tak cuba tau.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Apam Kampung. 4 Bahan Sahaja, Gerenti Jadi!

Sumber : Puan Fatihah Hamid

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending