Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Popia Sayur Campur Daging Burger Paling Sedap. Sesuai Untuk Minum Petang

Published

on

Resepi Popia Sayur Campur Daging Burger Paling Sedap. Sesuai Untuk Minum Petang

Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah bertambah nikmati.

Resipi nih daripada cousin tersayang. Dah menjadi favourite seisi keluarga. Terima kasih cousin untuk resipi ini.

Dulu-dulu macam pernah share resipi nih tapi tuan punya resipi mencari tak jumpa-jumpa makanya kita buat step by step sekali lagi. Jom cuba resepi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK POPIA SAYUR DAGING BURGER

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Creampuff Montok Dengan Krim Kastard Sedap, Resipi Dari Peniaga Creampuff Sendiri

Assalamualaikum.

Minum petang hari nih dengan popia sayur + daging burger.

Popia nih sedap, penuh dengan sayuran & rasa daging burger yang marveles. Kerangupan popia yang tak boleh di bawak berbincang, dicicah pula dengan sos pencicah. Waduhhhhh.. enak banget!

Kita tengok resipinya. Buat banyak-banyak boleh frozenkan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket kulit popia
  • 3 keping burger daging – boleh guna burger ayam
  • 1 biji bawang besar – hiris
  • 2 ulas bawang putih – racik
  • Kubis – disagat
  • Lobak merah – sagat
  • Kacang buncis – hiris nipis
  • Lada sulah secukupnya
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan tepung gandum – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Gorengkan daging burger daging yang telah di dadu kecil hingga separuh masak.

2. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang layu serta daging burger betul-betul masak.

3. Masukkan sedikit garam, perasa dan juga gula.

4. Tambah lada sulah. Kacau sebati.

5. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Kacau sebati.

6. Tumis sekejap. Bila sayur kelihatan agak layu sedikit, terus tutup api.

7. Alihkan inti ke dalam bekas yang berlubang untuk menapis lebihan air yang keluar dari inti.

8. Bancuh 2 sudu besar tepung gandum dengan air untuk dijadikan gam pada kulit popia.

9. Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti secukupnya.

10. Lipat sedikit dan hujung kulit popia disapu dengan bancuhan tepung.

11. Gulung popia dengan kemas. Buat sampai habis bahan.

12. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng popia tadi dengan menggunakan api sederhana perlahan.

13. Angkat dan toskan.

14. Sedia dihidangkan untuk minum petang bersama keluarga.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Sumber/Foto : Rosni Musa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending