Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Nasi Ayam Simple Tapi Power. Ayam Goreng Cantik Berkilat!

Published

on

Cara Buat Nasi Ayam Simple Tapi Power. Ayam Goreng Cantik Berkilat!

Mesti ramai yang suka makan nasi ayam kan. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ni memang sesuai dihidangkan pada bila-bila masa. Lagipun, semua peringkat umur boleh makan, daripada anak-anak kecil hinggalah ke warga emas.

Sebab itulah mak-mak kena standby siap-siap at least satu resepi nasi ayam untuk kita masak untuk famili mahupun tetamu. Di sini kami nak kongsikan satu resepi nasi ayam simple tapi cukup power, hasil air tangan Puan Rosma Ros. Yang paling menyelerakan tentulah ayam gorengnya yang cantik berkilat.

Dimakan pula panas-panas dengan nasi yang lembut, sup yang sedap dihirup, kicap yang menaikkan rasa dan sos yang memukau – mesti terangkat!

Cara Buat Nasi Ayam Simple Tapi Power

ARTIKEL LAIN : Cara Masak Pesamah Daging Untuk Makan Dengan Nasi Minyak, Lauk Kenduri Yang Lama Tak Jumpa

Jom kita tengok resepi nasi ayam yang lengkap dan disertakan dengan step-by-step ini. Mudah je, mesti semua orang boleh buat.

Bahan-bahan

A. Untuk Rebusan Ayam

  • Seekor ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong kasar
  • Seinci halia diketuk
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih

B. Untuk Nasi

  • 5 cawan beras
  • Seinci halia dipotong nipis
  • 3 biji bawang merah dipotong halus
  • 4 ulas bawang putih dipotong halus
  • Sebatang kulit kayu manis (kecil)
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Lemak ayam yang kita kumpul tadi
  • 1 sudu makan margerin/ butter
  • 1 ketul kiub ayam
  • Sedikit kunyit. Tak perlu banyak sangat nanti terlalu kuning
  • Daun pandan simpul
  • Garam

C. Untuk Ayam

  • 3 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu sos lada hitam
  • Kicap manis secukupnya
  • Setengah sudu gula merah/ gula kabung
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil pati ayam
  • Sedikit margerin

1. Basuh & Potong Ayam

Macam biasa ayam seekor, ikut suka nak potong macam mana. Asingkan lemak tapi jangan buang lemaknya, sebab nanti nak guna untuk buat minyak ayam.

Kalau suka ayam macam di kedai, tak payah potong, boleh guna seekor terus.

2. Rebus Ayam

Kita rebus dulu ayam sebelum diperap dan digoreng supaya dapat hasil yang juicy dan cantik. Air rebusan ayam ni kita akan gunakan untuk masak nasi nanti.

Caranya, panaskan air bersama bahan-bahan A di atas. Tunggu sampai mendidih, baru masukkan ayam. Jangan lama-lama sangat takut ayam kecut.

3. Masak Nasi

Seterusnya untuk memasak nasi, kita akan guna bahan-bahan B di atas.

Mula-mula, masukkan lemak ayam ke dalam periuk nasi bersama sedikit marjerin. Buka api sederhana dan biarkan lemak bertukar menjadi minyak.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis sekejap saja jangan sampai garing, biarkan layu je.

Kemudian masukkan beras yang dibasuh, pati ayam, marjerin, daun pandan dan garam. Goreng sekejap semua bahan ini sampai sebati.

Masukkan air rebus ayam tadi bersama sedikit kunyit, sukatan air macam biasa, jangan terlalu banyak nanti lembik. Tanak nasi sampai masak.

4. Perap & Goreng Ayam

Untuk sediakan ayam goreng yang cantik dan berkilat, kita akan gunakan bahan C di atas.

Mula-mula, tumbukkan halia dan bawang putih, perah dan ambil jusnya saja. Kemudian, gaul semua bahan lain hingga sebati. Perap sekurang-kurangnya 1 jam dengan ayam yang dah direbus tadi. Kalau lagi lama lagi sedap.

*Nak bagi berkilat, masukkan ayam dalam kuali dengan untuk digoreng dengan sedikit kuah perapan ayam tadi dan tambah satu sudu madu. Kalau tak ada madu, letak marjerin sikit nak bagi kilat je. Gaul ayam dan kalau nampak dah berkilat, terus angkat dan toskan.

Masa goreng, guna api perlahan, kena selalu alihkan ayam supaya tak hangit. Masak jangan lama sangat takut ayam tak juicy.

5. Sediakan Sos / Sambal

Makan nasi ayam memang tak sahlah kalau tak ada sos atau sambalnya, kan.

Nak buat ni senang saja, bahan-bahannya seperti di bawah:

  • 5-7 biji cili besar (Kalau suka pedas boleh letak cili padi / cili api merah)
  • Gula secukupnya
  • Gula kabung sedikit
  • Garam
  • 5 ulas bwg putih
  • Limau nipis agak-agak masam (Kalau tak ada boleh ganti dengan cuka)
  • Sos cili 4-5 sudu

Caranya, blenderkan semua bahan dan masak atas api sampai pekat. Kalau suka yang cair, masak sampai mendidih saja lepas tu boleh tutup api.

6. Kuah Kicap

Kuah kicap sebagai pelengkap. Gunakan kuah perapan yang lebih tadi dan tambah air rebusan ayam dan kicap secukupnya.

Masakkan sekejap atas api. Siap!

7. Masak Sup

Kemudian, nak masak sup kita gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil tadi. Contohnya kaki ayam, tulang, tengkuk, dan sebagainya. Rebus sampai masak. Masukkan sekeping kulit kayu manis, sedikit bunga lawang dan cengkih.

Kemudian masukkan pati ayam, perencah cukup rasa Maggi, lada sulah, dan garam. Rebus hingga menggelegak. Perasakan dengan garam jika perlu.

Bila dah masak, boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

8. Sediakan Salad / Sayuran

Akhir sekali, bolehlah hiriskan timun, tomato, carrot dan daun salad untuk dihidang bersama nasi ayam ini. Barulah seimbang kan, cukup semua ada – nasi, protein, sayuran.

Siap!

Beginilah hasilnya….

Tengok pun terliur kan? Jadi, lain kali bolehlah cuba resepi nasi ayam yang cukup lengkap ini. Insha Allah tak mengecewakan.

Selamat mencuba!

Sumber : Rosma Ros

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Labu Masak Lemak, Lauk Paling Mudah. Tetap Sedap Tanpa Guna Bawang & Cili

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending