Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Lepat Pisang Lembut & Manis, Kena Guna Pisang Ini Rasanya Lagi Sedap!

Published

on

Cara Buat Lepat Pisang Lembut & Manis, Kena Guna Pisang Ini Rasanya Lagi Sedap!

Lepat pisang atau lapek pisang merupakan makanan khas Minangkabau yang dibuat dari buah pisang. Berdasarkan resepi lepat pisang Tuan Adriana Arissa ini, teknik yang digunakan untuk memasak kuih ini adalah dengan mengukus.

Selain itu, bahannya pula memang mudah didapati di dapur rumah saja.

Jadi, jom lihat resepi lepat pisang di bawah!

Cara Buat Lepat Pisang Lembut & Manis

ARTIKEL LAIN : Resepi Kuih Ketayap Paling Senang Nak Buat, Kena Ada ‘Lubang-Lubang’ Baru Menjadi!

Kebetulan daun pisang banyak. Pisang pun ada. Lepat pisang onzzz untuk makan petang hari ini. Nak resipi lepat pisang? Lihat di bawah.

Bahan-bahan:

  • 13-15 biji pisang berangan @ emas
  • 1 – 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • Sedikit garam

Bahan inti:

  • 2 cawan kelapa parut putih
  • Sedikit garam
  • resepi lepat pisang

Cara penyediaan:

Lenyek pisang sehingga hancur (saya suka kalau ada ketulan pisang).

Lepas itu, masukkan gula dan garam dan gaul sebati.

Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Ada yang suka pisang lebih atau tepung gandum lebih, ikut cita rasa.

Layur daun pisang terlebih dahulu, kemudian boleh mula buat lepat.

Isi 1 sudu besar penuh adunan ke dalam daun pisang dan letaklah kelapa parut.

Kukus selama 15-20 minit.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Buat Sendiri Talam Seri Muka, Ini Tip Supaya Hasil Kuih Talam Sedap Dan Cantik

Sumber: Tuan Adriana Arissa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Published

on

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

  • 1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Timun -dipotongBawang besar -dimayang
  • Cili padi
  • Halia
  • Cuka
  • Garam
  • Guna
  • Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Sumber : Adawiyah Abdul Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending