Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Kerabu Suhun Masam Manis Pedas, Buat Tambah Selera Makan.

Published

on

Resepi Kerabu Suhun Masam Manis Pedas, Buat Tambah Selera Makan.

KERABU SUHUN sedap pedasss masam-masam manis buat tambah selera makan. Share awal senang kalau ada yang teringin nak buat boleh cari bahan-bahan. Memang ringkas dan mudah je nak buat. Sedap pula tu. Jom cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar.

RESEPI KERABU SUHUN

ARTIKEL LAIN : Kerabu Perut Campur Pucuk Paku & Tauge, Sedapnya Meratah. Ini Resipinya!

Bahan-Bahan:

  • 1 paket suhun direndam air panas
  • 6-7 ekor udang segar
  • 6 batang crabstick
  • 5 biji cili padi merah/hijau*
  • Sedikit gula
  • Sedikit sos ikan
  • 2 labu bawang putih jeruk
  • 2 biji limau nipis
  • 1 ikat daun ketumbar
  • 1 labu bawang besar Holland
  • 2 biji buah tomato
  • 1 btg serai
  • 1 sdt cili flakes

Cara-cara:

1. Rebus udang dan crabstick hingga masak dan potong crab stick kepada tiga.

2. Bawang besar, tomato, cili padi merah/hijau, daun ketumbar, bawang jeruk dan serai dihiris nipis²

3. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, jus limau, ajinomoto, gula dan air bawang jeruk.

4. Taburkan daun ketumbar yang dipotong kasar² dan juga chilie flakes.

5. Gaul semua bahan² tadi sehingga sebati dan rasakan masam² pedas manis kerabu suhun ni.

Selamat mencuba!

Sumber : Rozmaliza Omar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Published

on

6 Tip Pilih Buah Tembikai Susu Yang Manis & Juicy, Tengok Kulit Saja Dah Tau!

Buah tembikai susu ini memang kegemaran ramai. Tapi yang buat kita frust bila buah yang kita pilih waktu beli rasanya tawar.

Jadi untuk pastikan tembikai susu yang kita beli lepas ini manis bersari, boleh ikut tip yang dikongsi oleh Nor Shahidah Abd Kohar yang bekerja bahagian buah-bauahan sebuah pasar raya.

Pilih Ikut 6 Tip Ini

Bagi memastikan tembikai susu yang dibeli manis, pilih ikut enam tip ini;

1. Jangan ambil buah tembikai susu yang kulitnya licin bersih (ramai yang suka pilih buah macam ni sebenarnya). Lagi banyak garisan coklat, lagi bagus. Kulit buruk tak flawless itu lah yang elok manis.

2. Pilih kulit tembikai yang warna kuning berbanding putih.

3. Perhatikan berat buah. Biar kecil tapi berat. Itu maknanya buah tersebut juicy, banyak air.

4. Cuba goncang buah, ada dengar tak bunyi macam biji jatuh atau berlaga. Itu maknanya buah dah cukup masak.

5. Jangan pilih tangkai yang masih hijau, pilih tangkai yang dah kering. Itu tanda buah dah masak ranum.

6. Paling senang, hidu. Kalau dah masak baunya memang manis berbanding buah yg muda or belum masak

Semoga Manfaat!

Sumber: Nor Shahidah Abd Kohar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending