Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Published

on

Resepi Keledek Goreng Rangup. Memang Sedap, Sama Macam Orang Jual!

Minum petang hari ni ialah keledek goreng rangup. Memang jadi rangup macam orang jual goreng pisang tu. Cicah pulak sambal kicap.

Memang sedap. So saya share kat sini. Kot ada yang nak cuba. Sharing is caring.

ARTIKEL LAIN : Guna Bahan Ini Buat Churros Yang Rangup Di Luar & Gebu Di Dalam. ‘Confirm’ Lembut Sampai Esok

KELEDEK GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN :

  • Ubi keledek

BAHAN BANCUHAN :

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Planta
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Air suam

CARA-CARA :

Potong ubi keledek secara memanjang dan cuci sehingga bersih.

Untuk salutan tepungnya pula, satukan semua bahan-bahan bancuhan tepung. Boleh tambahkan juga gula jika suka.

Pastikan bancuhan tidak cair dan tidak terlalu pekat. Kemudian masukkan ubi keledek yang sudah dipotong tadi.

Gaul rata sehingga ubi keledek bersalut rata dengan bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Bila ubi dah masak dan garing elok, toskan dan sedia untuk dihidangkan. Sedap dicicah dengan sambal kicap!

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Coklat Bar Di Rumah Memang Mudah Dan Sedap Hanya Guna 3 Bahan Ini

Sumber/Foto: Aiza Shereen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Published

on

Cara Buat Sup Kicap, Lauk Kenduri Istimewa Orang Pekan, Pahang. Sedapnya Lain Dari Yang Lain

Selalu makan sup berempah, sup Siam tapi kalau mahukan kelainan boleh cuba sup kicap. Sup ini dikatakan berasal dari Pekan Pahang yang selalu dihidangkan sewaktu kenduri.

Bagi yang nak rasai keistimewaan rasa sup kicap ini boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Echot Aisyah Meor Zahid.

RESEPI SUP KICAP LEGEND ORANG PEKAN

Signature Dish orang Pekan Pahang selain Laksa Pahang is Sup Kicap. Kalau ada kenduri, lauk inilah yang paling dinanti nanti.

Bahan A

  • Rempah tumis 4 sekawan
  • 1sd keci jintan manis
  • 1sd kecil ketumbar

Bahan B

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 inci halia (kisar bawang putih dan bawang besar)
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • Daging / Tulang
  • Bawang besar potong 4
  • Ubi Kentang (jika suka
  • Cili padi (jika suka
  • Kicap masin – kuantiti ikut kesesuaian hingga dapat warna yg dikehendaki.
  • Sedikit gula melaka

Cara membuat

1. Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B. Masak sampai garing & pecah minyak.

2. Masukkan air, biar mendidih. Kemudian baru masukkan daging/tulang supaya dapat terus matikan darah pada daging.

3. Masukkan juga kicap dan gula melaka. Masak sampai daging/tulang empuk.

4. Selepas daging empuk, masukkan kentang. Sebelum tutup api masukkan bawang bear yang dipotong empat.

5. Perasakan kuahnya. Biar ada rasa masin, sedikit pedas & sedikit manis. Jika kurang pedas tambah cili padi.

6. Sebelum makan, tabur bawang goreng (goreng sendiri lebih sedap), daun sup, daun bawang, perah limau nipis sikit. Sedap dimakan panas panas bersama nasi putih dan roti.

Selamat Mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending