Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Ayam VaruVal Paling Menyengat , Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari!

Published

on

Resepi Ayam VaruVal Paling Menyengat , Sedapnya Sampai Anak & Suami Menjilat Jari!

Masakan chicken varuval merupakan hidangan masakan ayam masak cili yang popular dalam kalangan masyarakat India. Cara penyediaan chicken varuval ini ringkas dan sangatlah mudah. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak juga mudah diperolehi. Cuba dulu baru tahu sejauh mana keenakannya.

Jika ingin mencuba boleh ikut perkongisan resepi viral Puan Kalaivani Krishnasamy ini. Jom ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

ARTIKEL LAIN : Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Yang Sangat Sedap Dan Padu.

AYAM VARUVAL (Resepi Viral Puan Kalaivani)

Sedap sangat AYAM VARUVAL ni. Resepi dari dalam group ni jugak, pernah viral satu ketika dulu. Korang pernah buat?

BAHAN-BAHAN UNTUK PERAPAN:

  • 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana
  • 5 ulas bawang putih – tumbuk/kisar
  • 2 inci halia – tumbuk/kisar
  • Serbuk kari – secukupnya
  • Serbuk kunyit – secukupnya
  • Garam secukup rasa

(Kalau dah lapo sangat takdan nak tunggu perap, gaul ayam dengan kunyit & goreng je. kikiki)

BAHAN-BAHAN VARUVAL :

  • 2 sudu kecil jintan manis (kasar)
  • 6-10 biji cili kering – gunting kasar
  • 5 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – tumbuk atau hiris
  • 2-3 labu bawang besar – hiris
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 3 tangkai daun kari nak lebih pon boleh
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu cili blenx/boleh juga guna serbuk cili (nak pedas lebihkan lagi)

(MakNana lebih suka cili blend)

CARA-CARA PENYEDIAAN:

1. Perap ayam bersama bahan perapan selama 1 jam.

2. Goreng ayam yang dah diperap sehingga masak (golden color) dan angkat.

3. Goreng jintan manis seketika. Angkat dan ketepikan.

4. Goreng dengan sedikit minyak bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga bawang keemasan & wangi. Angkat dan ketepikan.

5. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bawang merah, halia dan tomato sehingga bawang bertukar warna (layu).

6. Lepas tu masukkan cili blend dan tumis sehingga terbit minyak. Tambah garam dan gula dan seimbangkan rasa.

7. Masukkan bahan-bahan yang digoreng (step 3 & 4) dan kacau.

8. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kering. Tak perlu ditambah air kerana masakan ini seharusnya kering ya hakak hadek.

9. SIAP! Makan dengan nasik panas. Nalerekek!

Menyengat bau dia tau.

Biasanya MakNana masak untuk customer, MakNana buat berkuah sikit. Sebab majoriti suka kuah lagi-lagi la sambal keeen. Kita layaaan.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kerabu Taugeh Yang Pasti Kecur Air Liur Sebelum Makan.

Sumber/Foto : Liyana Hasan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending