Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Yang Sangat Sedap Dan Padu.

Published

on

Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam Yang Sangat Sedap Dan Padu.

Entri kali ini kami kongsikan resipi Ikan Siakap Goreng Tom Yam yang memang sedap dan padu. Sangat sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga. Resipi ini dikongsi oleh Sheena’s Cooking Passion menerusi laman Facebook. Jom cuba. Sangat puas hati!

RESIPI IKAN SIAKAP GORENG TOM YAM

Bahan Untuk Ikan:

  • Ikan siakapGaram
  • Serbuk kuyit
  • Tepung jagung

Cara-cara:

Panaskan minyak masak dan masukkan ikan siakap yang sudah dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
Goreng sehingga garing dan angkat.

Bahan untuk kuah:

  • 4 biji bawang merah
  • 5 batang cili padi
  • 2 batang cili merah
  • 2 biji tomato
  • 3 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • Sedikit jus perahan limau nipis
  • 3 sudu makan pes tomyam
  • 2 sudu makan pes cili kering

Cara-cara:

1. Tumis bawang merah, serai, cili padi, tomato, cili merah dan daun limau purut.

2. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.

3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.

4. Gaul rata dan perasakan dgn garam.

5. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.

6. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis. Tutup api apabila kuah mendidih.

7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi. Sedia dihidang. (tuang tanpa minyak)

8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Kredit Resipi & Foto : Sheena’s Cooking Passion

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

Published

on

Cara Buat Cucur Jagung Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam. Guna Jagung Segar Lagi Manis Dan Sedap!

Petang-petang makan cucur jagung pun sedap jugak. Dapat pulak jagung yang segar, lagi manis. Jagung dua ketul pun dah cukup untuk makan satu famili.

Biasanya nak buat cucur bahan asas adalah tepung, garam dan air. Tambah pula dengan udang, ikan bilis, bawang, jagung dan cili merah.

Tapi untuk pastikan kita dapat cucur jagung yang enak, rangup di luar lembut di dalam boleh ikut cara yang dikongsi oleh Ana Mariana Ismail.

Cara Buat Cucur Jagung, Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

ARTIKEL LAIN : Cara Mudah Buat Bebola Ikan Salut Tepung Confirm Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan

  • Isi jagung yg dihiris
  • Tepung gandum
  • Cili kisar
  • Udang kecil atau ikan bilis – tumbuk kasar
  • Bawang besar – dihiris
  • Serbuk kunyit & serbuk ikan bilis
  • Garam & gula secukup rasa
  • Telur -1 biji
  • Air suam

Nota: Anggaran bahan ikut kuantiti tepung gandum

Cara membuat:

Masukkan tepung gandum (agak-agak sepadan dengan bahan-bahan lain ya) isi jagung,bawang besar dihiris, udang atau ikan bilis, serbuk kunyit,garam,gula,serbuk ikan bilis , cili kisar(nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh) dan telur sebiji.

2. Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Masuk air sedikit demi sedikit, agak-agak senang kita nak jemput guna tangan.

3. Bila bancuhan dah digaul sebati bolehlah goreng cucur guna minyak yang banyak dan api sederhana ya.

4. Nampak cucur dah keemasan, boleh angkat dan tos minyak. Makan cicah dengan sos cili memang sedap.

Selamat mencuba ya.

ARTIKEL LAIN : Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Cucur Kembung Confirm Gebu Dan Sedap

Sumber: Ana Mariana Ismail.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending