Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Karipap Paling Rangup Dan Sedap, Bancuh Dengan Sukatan Ini Baru Jadi

Published

on

Resepi Karipap Paling Rangup Dan Sedap, Bancuh Dengan Sukatan Ini Baru Jadi

Proses pembuatan Resipi Karipap Rangup yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya malah kulit karipap yang rangup juga menjadi keistimewaan dan kelebihan untuk menjadikan karipap yang dimasak sempurna rasanya.\

Karipap yang garing dan rangup memang digemari ramai. Namun ada kalanya, bila dimasak, sekejap sahaja kulitnya dah lembik dan lemau. Buat anda yang juga masih tercari-cari dan belum menemui resipi yang terbaik untuk menyediakan karipap, bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.

Jadi tidak hairanlah Fadila Sofia telah mencuba pelbagai resipi karipap dan akhirnya menjumpai yang tersedap menepati citarasa. Kulit ranggup dan enak rasa.

Cara Buat Karipap Paling Rangup Dan Sedap

ARTIKEL LAIN : Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur Dan Tanpa Uli

“Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap.”-Fadila Sofia

RAMUAN BANCUHAN TEPUNG (Kulit Karipap Yang Rangup)

  • 1/2 kilo tepung gandum
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 Sb tepung jagung
  • 2 Sb tepung beras
  • 1 cawan air sejuk dari peti ais
  • 1 sk garam

Bahan Inti Resipi Karipap Rangup

  • 4 biji kentang (potong dadu kecil)
  • Sedikit ayam/daging ( cincang )
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 Sb rempah kari daging
  • 1 Sk jintan manis
  • 1Sk serbuk ketumbar
  • Sedikit daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak Resipi Karipap Rangup:

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan masukkan ke dalam tepung.

Kacau dengan senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.

Masukkan air. Uli sehingga sebati.Bahagikan bancuhan bulat2 sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.

Nipiskan doh (jangan terlalu nipis).

Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap Goreng dengan api perlahan.

Kaedah buat inti dengan betul.

Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.

Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang.

Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dengan kiub pati ayam.

Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jangan terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).

Selamat mencuba !

ARTIKEL LAIN : Resipi Buah Rotan Tanpa Santan, Ikut Cara Ini Confirm Tak Meletup & Tak Lemau

Sumber: Fadila Sofia via MAHN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Published

on

Buat Sendiri Kacang Bawang Putih Special, Rendam Dengan Santan Dulu Baru Goreng

Daripada makan jajan penuh penuh perisa, pengawet lebih baik makan jajan macam ni. Kacang goreng bawang putih, rasa lemak-lemak dan bawang putih memang layan. Kalau makan sambil tengok TV tak sedar habis sebotol.

Kalau nak cuba buat ikut perkongsian Xiyan Mohamad, resipi ini diperoleh daripada rakan pembantu rumahnya dari negara jiran. Memang sedap. Boleh jadi kuih raya juga nanti.

Buat Sendiri Kacang Goreng Bawang Putih

1. Sediakan bahan untuk rendaman. Sediakan kacang tanah (beli tanpa kulit lagi senang). Basuh kacang dibilas 4-5 kali dan tos. Kisar 5 ulas bawang putih, daun limau purut dicarik dan santan kotak kecil.

2. Sediakan juga terlebih dulu bawang putih goreng. 8 ulas bawang putih cincang. Sebelum itu kacau dalam air garam 5 saat dan terus tos. Ini supaya bila goreng tak hangit.

Ini bawang putih siap digoreng.

3. Panaskan air dalam 8 cawan, masukkan bawang putih kisar tadi, daun limau purut, santan, garam 2 sudu makan, gula 2 sudu makan (jangan banyak nanti bila goreng kacang cepat hangit).

4. Bila santan dah mendidih, tutup api. Jika rasa kurang masin tambah garam. Tuang dalam kacang yang telah ditoskan. Seperti dalam gambar.

5. Rendam selama 1 – 1 1/2 jam kacang tenggelam ya. Kalau air kurang boleh tambah air panas.

Kacang ditoskan

6. Panaskan minyak. Letak satu biji kacang dulu, kalau timbul maknanya minyak dah panas. Goreng dengan api sederhana. Kena selalu kacau tau. Bila nampak dah berwarna perang bolehlah angkat toskan minyak.

7. Sejukkan dalam dulang tabur bawang putih goreng taburkan garam sikit gaul sebati.

Ok dah siap dah boleh makan. Buat kudapan sambil tgok tv. Daun limau purut rangup bila dimakan dengan kacang marvelous.

Selamat mencuba.

Sumber: Xiyan Mohamad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending