Connect with us

Tips Dan Petua

Resipi Buah Rotan Tanpa Santan, Ikut Cara Ini Confirm Tak Meletup & Tak Lemau

Published

on

Resipi Buah Rotan Tanpa Santan, Ikut Cara Ini Confirm Tak Meletup & Tak Lemau

Kuih buah rotan merupakan sejenis jajan, biskut atau kudapan tradisional orang Malaysia. Bahan utama untuk membuatnya adalah tepung pulut dan telur.

Doh yang terhasil dari bahan tersebut lalu dibentuk bulat dan disalut dengan bijan sebelum digoreng dengan minyak menggunakan api perlahan.

Untuk mengekalkan tradisini nenek moyang kita, apa kata sama-sama belajar cara membuat kuih buah rotan menggunakan resipi perkongsian oleh Atika Russhel Rich di bawah.

RESEPI KUIH BUAH ROTAN

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Cheese Cake Paling Senang, Cuma Guna 3 Bahan Saja. Sesuai Untuk Yang Baru Nak Cuba

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan gula pasir
  • 5 biji telur
  • Secubit garam

Bahan-bahan lain:

  • Tepung pulut 500g
  • Air
  • Bijan

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan-bahan A sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang berisi tepung pulut.

3. Tambah air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

4. Cubit sedikit doh dan gentel-gentel kecil seperti saiz telur cicak.

5. Kemudian golekkan dalam bijan.

6. Sedia untuk digoreng menggunakan api perlahan. Balik-balikkan dan tos.

Nota:

  • Bulatkan paling kecil kerana apabila digoreng nanti doh akan kembang
  • Jangan bulat besar kerana nanti akan mengembang dan tidak rangup
  • Pastikan adunan lembap supaya bijan melekat elok
  • Gentel guna tapak tangan atau hujung jari (basuh tangan apabila tepung kering, nanti bijan tak melekat pada buah rotan)
  • Uli memanjang kalau nak cepat, kemudian baru cubit hujung dan bulatkan
  • Semasa sedang menggoeng, biar masak sebelah dahulu, kemudian baru gaulkan
  • Goreng menggunakan api perlahan supaya buah rotan masak dari dalam dan tidak meletup
  • Kalau adunan belum habis digentel, boleh simpan dalam chiller dan guna keesokan harinya

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Nasi Lebihan Banyak Boleh Buat Bepang Rangup Manis, Senang Nak Buat

Kredit resipi dan gambar: Atika Russhel Rich, Puteri Mariah Adlyy

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending