Connect with us

Tips Dan Petua

Resepi Asam Pedas Telur Mayung Dan Ikan Mayung

Published

on

Resepi Asam Pedas Telur Mayung Dan Ikan Mayung

Rezeki sungguh kalau nampak orang jual telur mayung, tak cakap banyak terus beli, jarang-jarang je jumpa, kalau jumpa orang jual memang beli. Apa lagi menu asam pedas lah kita.

Orang lain saya tak tahu, tapi kalau suami saya masak asam pedas Johor, daun kesum wajib letak katanya, kalau tak letak tak power, dia lah kata, saya ikutkan je. Bunga kantan tak ada tak apa, kalau ada saya letak je. Sekurang-kurangnya seminggu sekali mesti kene masak lauk asam pedas nie. Dulu tak pandai, sekarang dah kene seleranya.

Hari ini masak asam pedas ikan mayong dan telurnya, nah saya share resepi yang suami saya ajar.

Cara Buat Asam Pedas Telur Mayung Dan Ikan Mayung

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Ayam Masak Rose, Ikut Cara Tukang Masak Kenduri. Confirm Sedap

Tips nak masak telur ikan mayung nie, telur direndam dan dibasuh bersih dengan tepung gandum dan limau nipis terlebih dahulu bagi hilang bau hanyir. Kemudian didihkan air dan masukkan sedikit cuka, kemuadian bila air dah mendidih perlahankan api dan masukkan telur secara perlahan-lahan dan rebus sehingga separuh masak.

Memang akan ada yang pecah tapi tak banyak sangat, biar je jangan dikacau ye takut nanti banyak yang pecah. Bila dah separuh masak boleh lah angkat dan lalu kan bawah air paip supaya telur yang pecah-pecah tadi tak melekat.

Bahan-Bahan:

  • 1 kg Ikan mayung dan telurnya
  • 20 tangkai cili kering direbus*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 Biji Bawang Besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • Sedikit belacan* (Yang nie ada orang letak ada yang tak letak tapi saya memang letak)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 10 tangkai daun kesum
  • Bendi (terpulang nak banyak mana)
  • 1 batang bunga kantan (belah 2, kalau ada stok letak kalau tak da takpe terpulang, saya biasa tak letak pom tapi kalau ada letak je)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Minyak untuk menumis (minyak kene lebih ye, nanti nak makan boleh senduk buang minyak tu)
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

1. Kisar bahan yang bertanda (*). Panaskan minyak (minyak kena lebih ye) dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak serta naik bau. Biar betul-betul pecah minyak tau.

2. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, lepas tu masukkan ikan mayung, tambah air secukupnya. Asam pedas Johor jangan cair ye biar pekat-pekat sikit, tapi jangan pekat sangat, agak-agak lah ye.

3. Kemudian tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kecikkan api, biarkan reneh sehingga ikan masak. Seterusnya, masukkan bendi dan telur mayung yang telah direbus separuh masak tadi.

4. Tak payah masak lama sangat nanti terlebih masak telur tu jadi keras. Agak-agak bendi dah lembut boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

ARTIKEL LAIN : Resepi Asam Pedas Johor. Wajib Letak Daun Ni, Kalau Tak Tak Menjadi!

Resepi Oleh : Nor Khomariah Norrohman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Published

on

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

  • 1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Timun -dipotongBawang besar -dimayang
  • Cili padi
  • Halia
  • Cuka
  • Garam
  • Guna
  • Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Sumber : Adawiyah Abdul Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending