Connect with us

Umum

Penat Mengalahkan Papa. Dengan Adik-Adiknya Takmo Tido Nak Tido Ngan Papa. Siap Terk4nkang.

Published

on

Penat Mengalahkan Papa. Dengan Adik-Adiknya Takmo Tido Nak Tido Ngan Papa. Siap Terk4nkang.

Ada yang berkata bahawa haiwan peliharaan selalunya akan mengikut perangai tuan mereka dan sering melakukan kelakuan yang sama. Seperti situasi yang dikongsikan ini tentang gelagat seekor kucing bersama-sama tuannya yang tidur dengan gaya yang sama ini.

Bukan sahaja kelihatan lucu malah ramai yang turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kedua-dua mereka ini yang menunjukkan gaya yang sama. Video tersebut juga telah tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir sejuta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik video kongsikan gelagat kucing itu yang tidur bersama-sama pemiliknya itu. Dalam masa yang sama, turut kelihatan seorang lelaki yang tertidur di mana kucing itu siap tidur di atas badannya.

Perkara yang tambah lagi kelucuan ialah kedua-dua mereka ini tidur dengan gaya yang sama dalam keadaan yang terlentang. Lebih mencuit hati, kucing itu juga tidur begitu lena sehinggakan siap terkangkang begitu semasa terlena di atas badan tuannya itu.

Jika dilihat gaya kucing ini tidur, ramai yang berseloroh gayanya ini seolah-olah dia begitu penat melakukan kerja mengalahkan tuannya. Ditambah pula dengan gayanya tidur itu, pasti ramai yang menyangka kucing itu terlalu kepenatan.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat kedua-dua mereka ini. Ada juga yang memberitahu biasanya kucing memang suka tidur dengan gaya seperti itu sekiranya mereka betul-betul selesa dengan persekitaran.

“Comelnya terkangkang tidur si bulus kecik tu.”

“Oyen beraksi.”

“Abang beli mana mainan tu.”

“Macam mana tuannya tidur begitulah kucingnya.”

Sumber: toptennew

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Umum

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Published

on

Kucing yang mengantuk ini bengang dengan telatah tuannya, “nak cakar, tapi sabar!”

Seorang lelaki cukup menguji kesabaran seekor kucing yang mengantuk apabila dia dengan sengaja menyanyikan lagu kuat-kuat. Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun bernama MCMC di Facebook, dilihat kucing yang matanya terpejam itu sedang baring di sebelah seorang lelaki. Nampaknya kucing itu hendak tidur. Namun apa yang dilakukan oleh lelaki tersebut membuatkan kucing berkenaan berasa bengang.

Pada mulanya lelaki tersebut turut sama menyanyikan lagu yang berkumandang di radio dengan nada rendah. Namun melihatkan tiada tindak balas daripada kucingnya, dia meninggikan sedikit nada suaranya. Kucing tersebut terus memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu merendahkan nada suaranya dan kucingnya kembali menutup mata.

Lelaki itu menyanyikan lagi lagu tersebut dengan nada perlahan dan tinggi. Apabila dia menyanyi dengan nada tinggi, kucing yang mengantuk itu bangun dan mengagah untuk mencakar. Lelaki itu terdiam. Kucing yang mengantuk itu kemudiannya beralih tidur dan membelakangkan tuannya.

Nampaknya lelaki tersebut masih belum puas lagi mengganggu tidur kucing peliharaannya itu. Sesekali dia akan meninggikan nada suaranya dan membuatkan kucingnya membuka mata semula.

Kucing itu dilihat hampir hilang sabar tetapi masih tidak mencakar tuannya. Renungan mata dan sedikit agahan hanya untuk menakut-nakutkan tuannya itu dengan harapan tuannya itu berhenti mengganggu tidurnya.

Lelaki itu berhenti menyanyi apabila dia melihat kucingnya lebih agresif. Mungkin kesabaran kucingnya semakin menipis tetapi tidak bertindak ganas. Namun dia bimbang juga jika kucingnya itu benar-benar akan mencakarnya.

Lelaki itu berterusan mengusik kucingnya dan akhirnya kucing tersebut hilang sabar. Kucing itu menggigit manja siku tuannya.

Lelaki berkenaan terjerit kecil. Walaupun berasa sakit tetapi nampaknya dia begitu puas kerana dapat mengusik kucingnya itu.

Kepada pemilik kucing di luar sana, pernahkah anda melakukan hal yang sama seperti lelaki tersebut? Jika pernah, apakah tindak balas kucing anda? Sudilah kiranya anda berkongsi pengalaman anda di ruangan komen.

VIDEO KLIK DISINI

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending