Connect with us

Tips Dan Petua

Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

Published

on

Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama Dan Tak Cepat Rosak

Penggunaan Air Fryer untuk memasak digunakan secara meluas pada hari ini. Rata-rata pengguna hari memiliki sekurangnya 1 AF dirumah mereka. Air fryer sangat berguna dalam kehidupan seharian dan turut membolehkan pengguna menikmati hidangan sama seperti masakan bergoreng tapi mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak sama sekali.

Dengan pengurangan minyak dalam makanan turut menjadikan makanan itu lebih sihat kerana kurang kalori. Namun begitu, air fryer juga mempunyai caranya tersendiri untuk diguna supaya lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.

Mari ikuti tips dibawah ini

TIPS PENTING & CARA PENJAGAAN AIR DRYER SUPAYA TAHAN LAMA, TAK CEPAT ROSAK

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Sagu Merah Paling Senang, Tak Perlu Masak Dulu Baru Kukus

1. Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.

2. Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.

3. Jangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.

4. Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.

5. Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.

6. Elakkan air didalam air fryer, masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.

7. Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.

8. Saiz AF juga memainkan peranan. Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.

9. Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.

10. Makanan beku boleh masuk AF terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.

PENGGUNA JUGA HARUS TAHU KEGUNAAN AIR FRYER YANG SEBENAR

Di Bawah Ini Merupakan Contoh Cara Penggunakan Yang Salah:

  • Goreng telur sebiji guna AF, suhu 120 masa 10 minit. Kalau goreng atas pan nonstick 1 minit je, guna dapur gas. Jadi, mana yang lebih jimat masa? Mestilah guna dapur.
  • Masak nasi kukus guna AF. Nama lagi air fryer bukan air steam. Kalau lemang ok la sebab kita bakar.
  • Goreng donat separuh masak guna dapur gas, kemudian masak guna air fryer nak bagi bagi. Haish, 2 kali kemas pula.
  • Kukus ikan dalam AF.
  • Defrost ayam beku dalam AF untuk buat sup. Masak la ayam tu nanti, jadi ayam goreng pulak.

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Hanya Guna Kapur Makan Tanpa Perlu Sental Ini Cara Cuci Kerak Kuali Paling Berkesan

Kredit : Abdul Razak Abdul Rahim, Rencah Rasa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Published

on

Cara Tanam Pokok Secara Terbalik, Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Balkoni

Bagi yang gemar berkebun tetapi mempunyai ruang terhad seperti rumah bertingkat, apartmen atau laman kecil, tidak semestinya perlu melupakan hobi bercucuk tanam. Terdapat pelbagai kaedah kreatif yang boleh digunakan, antaranya teknik tanaman terbalik atau upside down planting.

Kaedah ini membolehkan pokok ditanam secara tergantung dengan akar berada di bahagian atas dan batang tumbuh ke bawah. Selain menjimatkan ruang, tanaman terbalik juga lebih mudah dialihkan dan kurang terdedah kepada sesetengah serangan perosak yang datang dari tanah.

Antara tanaman yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah tomato dan cili. Dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan kebun mini yang unik di rumah.

Kelebihan Tanam Pokok Secara Terbalik

  • Menjimatkan ruang terutama untuk kediaman kecil.
  • Mudah dialihkan mengikut keperluan cahaya matahari.
  • Mengurangkan risiko serangan perosak tanah.
  • Menggunakan bahan terpakai seperti botol plastik.
  • Sesuai dijadikan projek berkebun ringkas di rumah.

Bahan Yang Diperlukan

Sebelum memulakan projek tanaman terbalik, sediakan bahan berikut:

  • Botol mineral bersaiz 1.5 liter.
  • Anak pokok tomato atau cili.
  • Kain perca atau kain jeans lama.
  • Stapler.
  • Tanah tanaman.
  • Cocopeat.
  • Tanah kompos.

Langkah Tanam Pokok Secara Terbalik

1. Sediakan botol tanaman

Ambil botol plastik 1.5 liter dan potong bahagian bawah botol. Kemudian tebuk dua lubang di bahagian kiri dan kanan botol untuk dijadikan tempat menggantung tanaman.

2. Sediakan kain penahan akar

Potong kain perca atau kain jeans mengikut saiz yang sesuai. Buat satu bukaan di bahagian tengah kain supaya batang anak pokok boleh dimasukkan.

3. Sediakan anak pokok

Keluarkan anak pokok daripada bekas asal dengan berhati-hati. Bersihkan sedikit tanah yang melekat pada bahagian akar supaya mudah dimasukkan ke dalam botol.

4. Masukkan batang pokok melalui kain

Letakkan batang anak pokok pada bahagian lubang kain yang telah dibuat. Kemudian kemaskan bahagian kain menggunakan stapler supaya ia memegang pokok dengan baik.

5. Masukkan pokok ke dalam botol

Masukkan anak pokok ke dalam botol dengan bahagian batang dan daun dikeluarkan melalui mulut botol.

Kain yang dipasang berfungsi untuk membantu menyerap air serta mengelakkan tanah daripada keluar apabila botol diterbalikkan.

6. Masukkan medium tanaman

Isi botol menggunakan campuran tanah, cocopeat dan tanah kompos dengan nisbah 4:4:2. Pastikan medium tidak terlalu padat supaya akar mendapat ruang untuk berkembang.

7. Siram dan gantung tanaman

Siram tanaman selepas selesai ditanam dan gantungkan di kawasan yang terlindung daripada panas terik selama kira-kira 9 hingga 10 hari.

Tempoh ini membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan keadaan baharu sebelum diletakkan di lokasi yang menerima cahaya lebih banyak.

Penjagaan Selepas Tanaman Stabil

Selepas kira-kira 30 hari, berikan baja yang sesuai untuk membantu pertumbuhan pokok. Pastikan tanaman mendapat cahaya matahari yang mencukupi serta lakukan penyiraman mengikut keperluan.

Elakkan menyiram terlalu banyak kerana tanaman dalam bekas kecil mempunyai ruang terhad untuk menyimpan air.

Tip Supaya Tanaman Terbalik Tumbuh Subur

  • Gunakan anak pokok yang sihat dan tidak rosak.
  • Pastikan botol mempunyai sistem gantungan yang kukuh.
  • Gunakan medium tanaman yang ringan dan mempunyai saliran baik.
  • Letakkan tanaman di kawasan yang mendapat cahaya matahari secukupnya.
  • Berikan baja secara berkala selepas pokok mula stabil.

Kesimpulan

Tanaman terbalik merupakan satu kaedah kreatif yang sesuai untuk mereka yang mahu berkebun walaupun mempunyai ruang terhad. Dengan menggunakan bahan mudah seperti botol plastik terpakai, anda boleh menghasilkan tanaman tomato atau cili yang menarik dan praktikal.

Selain menjimatkan ruang, kaedah ini juga memberi pengalaman baharu dalam bercucuk tanam. Mulakan dengan satu atau dua pokok dahulu dan lihat sendiri hasilnya.

Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement

Trending