Nak Masak Ayam Grill Boleh Guna Resepi Ni. Rasanya Sebijik Macam GCB McD
Bagi mereka yang menggemari sajian grill atau ayam panggang mesti biasa makan GCB McD. Terkadang teringin nak makan tapi bajet kurang ataupun sedang berjimat. Yela harga sebiji GCB boleh tahan juga harganya. Jika ada teringin makan boleh buat sendiri.
Resepi yang satu ni anda kena cuba. Kata empunya resepi, SuiSan Aliezsha menu ini beliau olah mengikut bahan yang dirasa sewaktu menikmati GCB McD. Hasilnya? Rasanya memang sama!. Boleh dinikmati bersama roti, jika tiada makan sahaja bersama nasi. Pasti puas hati. Jom lihat resepinya.
Hari ni masakkn grill chicken untuk suami..korang boleh la cuba, lepas ni dah tak payah beli GCB dekat McD. Sebiji GCB dah RM13 lebih. Korang beli roti burger terus buat sendiri je.. Tak cukup sebijik boleh bertambah lagi. Masalah roti burger saya takda. So, makan dengan nasi jela.
RESEPI AYAM GRILL ALA GCB MCD
ARTIKEL LAIN : Sedap Rupanya Cara Buat Ayam Bakar Guna Perencah Nasi Goreng
Saya sertakan resepi, ni resepi saya senderi dari apa yang saya rasa dari grill chicken burger.. selamat mencuba
BAHAN-BAHAN:
- Paha ayam – dibuang tulang atau beli ayam siap untuk chicken chop
BAHAN SOS:
- Bawang putih
- 1 biji tomato
- Sos cili secukupnya
- Sos BBQ secukupnya
- Sos tiram (ayam) secukupnya
- Lada hitam secukupnya – kisar halus
- Madu, gula & garam secukup rasa
- Buttercup + planta secukupnya
- (sukatan bahan ini diletak dengan secukupnya bergantung jumlah ayam yang diguna)
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih ayam tadi. Kemudian tos dan ketepikan seketika.
2. Satukan semua bahan (kecuali lada hitam) ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air dan kisar halus. Ketepikan.
3. Panaskan buttercup dan juga planta di dalam kuali hingga cair. Kemudian masukkan bahan kisar tadi.
4. Kacau sampai kuah menjadi pekat. Pastikan gula dan madu semua terasa. Tambahkan juga serbuk lada hitam.
5. Bila sos telah sempurna, padamkan api dan sejukkan.
6. Perap ayam bersama sos selama beberapa minit. Lagi lama diperap, lagi enak hasilnya.
7. Kemudian susun ayam dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit menggunakan api atas bawah. Namun masa membakar mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing.
8. Keluarkan ayam kemudian grill seketika di atas dapur gas menggunakan kuali burger @ kuali leper selama beberapa minit.
9. Angkat dan siap untuk dihidang kepada keluarga.
Selamat mencuba!
ARTIKEL LAIN : Cara Buat Ayam Goreng Salut Tepung Rangup. Nak Jimat Tepung Bancuh Sendiri, Ini Caranya
Sumber/Foto : SuiSan Aliezsha Via Rasa
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: