Connect with us

Tips Dan Petua

Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah

Published

on

Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah

Semua orang kalau sebut ada lipan dalam rumah mesti cuakkan? Lagi-lagi lipan bara. Tengok pun dah meremang bro! Tak kIsahlah samaada kecik atau besar, Kalau nampak je mesti tak fikir panjang terus bvnuh kan?

Lipan atau dalam bahasa Inggerisnya Centipede memang diakui sangat berbisa walaupun racvnnya belum boleh dikateg0rikan tahap membvnuh buat manusia .Tapi di ingatkan bagi kanak-kanak bawah 5 tahun atau warga emas yang disengat lipan, segeralah bertemu doktor.

Dengan berbekalkan ‘Forcipules’ ; dua kaki depan yang bentuknya seakan penyepit, lipan akan menyuntik bisanya ke badan mngsa sekiranya rasa terncam. Tapi kalau admin lah. Kalau tahu ada lipan dalam rumah ,admin rasa admin lagi terncam!

Berbalik pada topik kita , kenapa boleh ada lipan dalam rumah?

ARTIKEL LAIN : Petua Mudah Tapi Berkesan Untuk Halau Lipas Di Rumah, Boleh Cuba Nih…

Mengikut satu kajian, lipan hanya akan merayap ke tempat yang ada sumber makanan untuknya. Contoh-contoh makanan lipan adalah anai-anai , lipas , lalat dan labah-labah. (Klik SINI untuk membeli racun lipan di Shopee)

Jangan terkejut ! So kalau ada benda ni kat rumah korang, paham2 lah kenapa boleh ada lipankan? Jadi apa kata kita ambil pendekatan terbaik , Elakkan kehadiran lipan dengan memastikan rumah anda bersih dan bebas dari serangga-serangga perosak di atas terutamanya dalam bilik air dan kawasan lembap.

Jadi sebagai alternatif mungkin anda boleh gunakan petua di bawah untuk menghalau lipan :

1. Kapur Barus

Sama seperti garam anda hanya perlu menaburkan kapur barus di kawasan lembap untuk memastikan lipan tak datang lagi.

2. Garam

Taburkan garam yang anda di kawasan dan laluan yang selalu temui lipan. Kebiasaannya pastilah kawasan yang lembap bukan?

Biarkan saja garam tanpa perlu disapu dan mungkin anda boleh menambahnya dari semasa ke semasa jika perlu. Ulang sehingga anda rasa memang dah tak ada lagi lipan di rumah.

3. Daun Pandan

Buat anda daun panda berbau harum bukan? Namun untuk lipan ia adalah sebaliknya

Jadikan gunakan kelebihan ini dengan meletakkan daun pindah sebagai pelindung anda. Hiris daun pandan halus-halus dan letakkan ke dalam mangkuk. Lagi banyak kuantitinya lagi bagus.

Kemudian, mangkuk yang berisi hirisan daun pandan tu letakkan di setiap sudut rumah supaya lipan akan akan menjauhi rumah anda.

Harap petua di atas dapat membantu anda dalam menangani masalah lipan dalam rumah. Kongsikan kepada keluarga dan kenalan ok?

Semoga Manfaat!

ARTIKEL LAIN : Kalau Dalam Rumah Banyak Semut, Buat Spray Homemade 3 Bahan Ini. Mudah & Lebih Selamat

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending