Malaysia B-23 Menang Percuma Ke atas Myanmar B-23

Perlawanan pertama skuad Malaysia B-23 sepatutnya akan berlangsung sebentar sahaja lagi dalam aksi AFF B-23 di Kemboja. Namun perlawanan ini terpaksa dibatalkan apabila pasukan Myanmar telah menarik diri disebabkan beberapa pemain mereka telah dijngkiti c-19.

Perkara ini disahkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang mengatakan bahawa

” 2 Jam sebelum aksi skuad bawah 23 tahun negara terima perkhabaran hampir kesemua pemain dan pegawai skuad Myanmar di jngkiti c-19. AFF kini sedang pertimbang untuk meneruskan Kejohanan bawah 23 tahun atau ditunda atau dibatalkan terus”

Namun buat masa ini, laporan tersebut secara tidak langsung mengesahkan kemenangan skuad negara kendalian Brad Maloney. Malaysia b-23 diberi kemenangan percuma disebabkan situasi tersebut.

Untuk pengetahuan anda, pasukan Myanmar bukanlah satu-satunya pasukan yang sedang menghadapi masalah ini. Ini selepas pasukan Indonesia bawah 23 tahun terlebih dahulu menarik diri.

Persekutuan Bolasepak Indonesia sebelum ini telah memutuskan untuk turut serta dalam kejohanan ini disebabkan oleh kem skuad Indonesia dijngkiti c-19.

Skuad negara juga menghadapi masalah yang sama apabila sebelum ini, beberapa pemain negara telah positif sehingga terpaksa ditukar dengan pemain lain.

Ayuhlah sama-sama kita doakan agar semua pemain diberi kesihatan yang baik. Kita juga mengharapkan agar kejohanan ini diteruskan dan tiada lagi pasukan yang menarik diri atau menghadapi masalah c-19. Sekiranya kejohanan dibatalkan, maka redha jela.

Dalam kejohanan ini, Malaysia b-23 telah diletakkan di dalam kumpulan B dengan pasukan Laos, Indonesa dan Myanmar. Namun sebelum kejohanan bermula, Indonesia terlebih dahulu telah menarik diri. Kini pada hari perlawanan Myanmar pula telah mengesahkan mereka menarik diri. Namun status mereka masih lagi belum dipastikan sama ada akan turun pada aksi berikut atau akan menarik diri dari kejohanan terus.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*