Juara BATC, Lee Zi Jia Ingatkan Rakan Sepasukan

Pasukan Badminton Lelaki Negara berjaya menghadiahkan kegembiraan kepada peminat badminton tanah air dengan bergelar Juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC). Ini merupakan kejayaan manis buat seluruh peminat badminton tanah air apabila Badminton Berpasukan Lelaki sudah lama tidak menghadiahkan sebarang kejuaraan.

Skuad Lelaki Negara berjaya mara ke perlawanan akhir BATC selepas menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 3-0. Berikut adalah sedikit berkongsian di perlawanan separuh akhir. Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15.

Kejayaan LZJ dilihat menyuntik semangat gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan gandingan Kim Sa-rang–Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19. Mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan negara disumbangkan pemain perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang menewaskan Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12.

Juara BATC, Lee Zi Jia Ingatkan Rakan Sepasukan

Jaguh perseorangan negara megingatkan seluruh rakan pasukannya untuk tidak terlalu seronok dengan kejayaan ini. Walaupun berjaya mendapat kemenangan 3-0 keatas Indonesia, LJZ mengatakan bahawa ini bukanlah pengukur sebenar kemampuan pasukan tersebut. Dalam BATC kali ini, banyak pasukan tidak menghantar skaud utama.

Jadi ujian sebenar adalah di Piala Thomas yang dijangka akan berlangsung pada Mei ini. Tambah LZJ lagi sasaran untuk Thomas kali ini adalah ke final dan sekiranya keputusan adalah sebaliknya maka skuad lelaki boleh dikatakan gagal.

“Saya pernah bercakap sebelum ini, sasaran kita ialah untuk ke final dan kalau berlaku sebaliknya kita dianggap gagal.

“Bila kita jadi juara tak boleh cakap gembira sangat, orang hantar barisan kedua. Kita cuma pertahankan standard kita yang kita ada sekarang, jadi, saya rasa tak boleh gembira sangat,” kata Zii Jia.

Jaguh No. 7 dunia yang turun menentang teman seperjuangan seusianya Chico Aura Dwi Wardoyo dalam aksi perseorangan pertama berkesudahan Zii Jia menewaskan pemain yang menghuni ranking ke-55 dunia itu 14-21, 21-12, 21-10.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia mendahului 1-0 dan pasangan No. 7 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadikan kedudukan 2-0 selepas mereka menundukkan beregu sedang meningkat naik Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Beregu utama negara itu mengalahkan pasangan No. 28 dunia tersebut 17-21, 21-13, 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung hampir sejam.

Pemain muda Malaysia, Ng Tze Yong, 22, yang menggalas tanggungjawab untuk memastikan kemenangan 3-0 skuad kebangsaan menepati jangkaan apabila menewaskan Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay 21-14, 21-15.

Sama-sama kita doakan kejayaan buat pasukan Malaysia di Piala Thomas akan datang. Ayuh seluruh rakyat Malaysia kita sama-sama memberi semangat kepada pasukan ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*