Ada Yang Mahu TMJ Dihukum FAM Kerana Kritik Badan Tersebut, Ini Komen Zamsaham

Kritikan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia baru-baru ini telah mendapat respon positif sebahagian besar peminat bolasepak tanah air. Namun begitu, terdapat segelintir pihak yang merasakan kritikan tersebut sebagai satu pandangan buruk terhadap FAM dan boleh dikenakan hukuman.

Pemilik Kelantan FC merasa aneh terhadap sikap segelintir peminat yang mahu Tunku Mahkota Johor dikenakan hukuman disebabkan kenyataannya yang berbaur kritikan terhadap badan induk tersebut.

“Pelik juga ada yang sanggup nak kenakan hukuman kepada Tunku Mahkota Johor sebab memberi pandangan tentang bola Malaysia. Kita nak maju ke hadapan ke tak? Saya selaku pemilik kelantan FC, saya nak team saya maju. Saya sanggup terima kritikan asalkan ianya konstruktif.

“Bagus Tunku Ismail komen sebab beliau sayang bola. Kalau tak komen itu satu kerugian. Tidak kiralah beliau beli semua pemain dari kelab-kelab lain itu semua sebagai strategi memperkuatkan team JDT hingga kini. Tanpa TMJ tiada JDT, tanpa JDT tiada kemajuan dengan kelab-kelab lain yang nak bersaing dengan JDT. Kita dapat slot ACL and Piala AFC lebih pun sebab JDT.

“Kalau nak gantung pun, fikir la betul betul logik ke tak. Beliau Tunku Mahkota, kalau nak pergi stadium kat Johor tengok bola ada sesiapa berani nak tahan? Beliau juga pemilik JDT yang terlibat dalam uruskan asukan. Ingat TD (Pengarah Teknikal), Pengarah Sukan, pengurus dan semua kat sana akan buat keputusan tanpa rujuk kepada TMJ?

“Jadi apa guna kalau gantung? Memang tiada faedah sebab beliau ada ‘spirit’ dalam kemajuan bola sepak JDT. Kita patut fikir dengan logik dan terima pandangan TMJ. Takkan kritikan yang konstruktif pun tak nak terima?,” ujar Zamsaham.

Tambah Zamsaham lagi, “Saya bukan nak ‘jilat’ sesiapa, sebab komen saya berasas. Hanya orang yang bukak mata terbuka minda akan nampak pergorbanan TMJ ke dalam industri bola sepak tanah air. Mungkin ramai tak tahu, yang dah pernah bersemuka, berbual dan dibawa oleh TMJ melawat pembangunan stadium JDT, pejabat pengurusan dan pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam.

“Selama 4 jam bersama, banyak saya belajar dengan beliau dan pada saya beliau sangat peramah, tidak lokek ilmu rendah diri dan boleh bergaul dengan mamat jual burger macam saya. Pada saya beliau ada karisma seorang pemimpin yang hebat. Tegas dan berlembut pada waktunya.

Norizam Tukiman berasa lega apabila FAM bersikap terbuka dan tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap TMJ.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*