Minta Lim Teong Kim Buktikan Kredibiliti, Ini Jawapan LTK

Nama Jurulatih Lim Teong Kim kembali hangat diperkatakan oleh peminat bolasepak tanah air selepas Tunku Mahkota Johor ada memetik namanya baru-baru ini dalam satu video temubual.

Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari ini pernah dipersoal kredibilitinya oleh penyokong bolasepak. Penyokong tersebut meminta Lim Teong Kim untuk membuktikan tektikalnya dengan membawa mana-mana pasukan di Liga Malaysia.

Menurut penyokong tersebut, setakat membuat analisis perlawnaan, semua orang boleh buat malah graduan sains sukan juga mampu untuk berbuat sedemikian. Tambahnya lagi ketika membuat analisis perlawanan memang mudah untuk mencari kesilapan sesuatu pasukan tersebut. Cuba beliau (Lim Teong Lim) menguruskan skuad masa tengah real game. Mesti banyak kesilapan tektikal.

Tidak mahu berdiam diri, LTK telah membalas kenyataan penyokong tersebut dengan mengatakan, sekiranya dia mengatakan mudah untuk menganalisis perlawanan, LTK meminta untuk penyokong tersebut memberikan alasan mengapa gol kedua Vietnam terjadi ketika menentang Malaysia.

Tidak berhenti disitu sahaja, tambah LTK “Ramai orang fikir saya ingin menunjukkan kelemahan dan kesilapan pemain. Tidak saya hanya ingin membantu pemain tersebut tingkatkan kefahaman taktikal individu mereka sahaja. Apa yang saya lihat lemah saya akan bagi tahu.”

LTK juga mengatakan lagi”. Orang yang komen ini, aqiff, tidak faham. Kita nak belajar, kita belajar dari kesilapan. You can lose but you don’t lose the lesson,” ujar Lim Teong Kim.

Tambah bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu lagi, “Tetapi bukan aqiff sahaja yang tidak faham, orang-orang bolasepak pun tidak faham. Orang-orang seperti aqiff melihat analisis ini untuk memburukkan pemain-pemain ini. Manakala orang tertentu melihatnya dari sudut positif kerana tanpa kesilapan dan tanpa menunjukkan kesilapan pemain, mereka tidak akan maju.

“Ini semua biasa di kelab-kelab Eropah dan ‘Kampong FC Bayern’ di mana saya bekerja selama 12 tahun dan bekerja dengan pemain-pemain yang menjadi juara Piala Dunia, juara Champions League, dan sekarang bermain dengan kelab-kelab terkenal dunia seperi Real Madrid, FC Bayern dan Borussia Dortmund.

“Kamu ingat kualiti saya kualiti tahi kucing aqiff, saya cabar kamu, cubalah buat apa yang sudah saya capai di Jerman. Cubalah kalau kamu boleh, jangan jadi jaguh kampung sahaja. Saya nak tanya kamu, (aqiff), pernah main bola dalam pertandingan??? Apa level?? Pernah main Liga Malaysia?? Pernah main national team??”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*