Connect with us

Malaysia

Lee Zii Jia Tamatkan Penantian 6 Tahun Malaysia

Published

on

MALAYSIA: Tahniah buat bintang perseorang badminton negara, Lee Zii Jia atas kejayaan di final perseorang lelaki Kejohanan Badminton Asia di Manila sebentar tadi.

LZJ berjaya menundukkan perseorangan Indonesia Jonatan Christie dari Indonesia dengan keputusan 21-17, 23-21 sebelum dinobatkan sebagai juara.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu tweetnya mengatakan “Ia satu kemenangan”.

Kemenangan Lee Zii Jia ini juga menamatkan penantian selama 6 tahun Malaysia untuk menjuarai kejohanan ini selepas kali terakhir dimenangi oleh jaguh perseorang negara Datuk Lee Chong Wei

Bukan itu sahaja, perlawanan ini merupakan rekod menang buat kali kedua LZJ keatas lawannya itu.

Berikut adalah sedikit kronologi kejohanan ini. Lee Zii Jia berjaya masuk ke perlawanan akhir selepas berjaya menundukkan pemain dari China Weng Hong Yang dengan 21-11 21-19.

Tambahan info lagi, Malaysia berjaya membawa perak dalam kategori double lelaki. Apabila pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik tunduk kepadap asangan Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yermia Rambitan dengan keputusan 23-21 21-10 dengan membawa pulang pingat perak.

Gandingan beregu ini berjaya masuk ke final selepas mengalahkan rakan sepasukan dari Malaysia di perlawanan separuh akhir dengan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tunduk 21-13 21-15

Semoga atlet badminton negara terus memberikan kilauan pingat buat negara dalam mana-mana kejohanan akan datang.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Malaysia

Urawa Red bukti bukan pasukan calang-calang, Layak ke Final ACL

Published

on

SAITAMA: Siapa sangka kekalahan besar Johor Darul Ta’zim ditangan pasukan Jepun Urawa Red Diamon mendapat perhatian wargamaya yang mengatakan Johor Darul Ta’zim hanya sekadar jaguh kampung.

Meskipun berjaya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik Asia, Johor Darul Ta’zim tetap mendapat kecaman selepas tunduk 5-0 ditangan Urawa Red.

Pasukan Jepun Urawa Red Diamon buktikan bahawa mereka bukanlah satu pasukan yang calang-calang yang mudah untuk ditewaskan apabila berjaya melayakkan diri ke final Liga Juara-juara Asia sebentar sahaja tadi.

Urawa layak ke pusingan separuh akhir selepas mengalahkan Johor Darul Ta’zim dengan keputusan 5-0 di pusingan 16. Sebelum mengalahkan satu lagi wakil Asia Tenggara BG Pathum United dengan jaringan 4-0.

Di perlawanan separuh akhir, Urawa bertemu wakil dari Korea Jeonbuk. Mereka berjaya menang dalam aksi penentuan penalti dengan keputusan 3-1 selepas terikar 2-2.

Final berlangsung Februari depan menentang pasukan daripada Zon Asia Barat dengan juara bertahan Al Hilal dari Arab Saudi antara pencabar yang menunggu kelab Jepun itu.

Urawa yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2007 dan 2017 meledak 20 gol dalam empat perlawanan kejohanan kelab utama Asia itu dan mereka tampak bakal mengulanginya apabila pemain sayap Yusuke Matsuo menolak bola masuk dari jarak dekat selepas mendapat hantaran pemain pertahanan Hiroki Sakai pada minit ke-11.

Namun Jeonbuk yang juga juara dua kali kejohanan meningkatkan serangan selepas rehat dan berjaya menyamakan kedudukan pada awal babak pertama menerusi penalti Paik Seung-ho.

Mereka mendahului permainan pada masa tambahan minit ke-116 menerusi H Kyo-won tetapi berjaya disamakan penyerang Urawa Kasper Junker pada minit ke-120 yang membawa kepada penentuan penalti.

Continue Reading
Advertisement

Trending