Keputusan AFF U-19: Malaysia Tunduk 0-1 Dengan Pasukan Laos

Sebentar tadi telah berlangsungnya perlawanan akhir dalam kumpulan B diantara pasukan Malaysia U-19 bertemu Laos U-19. Turun dengan kesebelasan utama, Malaysia sudah pasti ingin mendapatkan 3 mata bagi membawa keyakinan di perlawanan separuh akhir nanti.

Malaysia sebelum itu telah mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan AFF Bawah 19 di Indonesia selepas menewaskan Timor Leste dengan skor 4-3.

Oleh itu, Malaysia cuba menurunkan ego pasukan Laos yang berjaya mengutip 9 mata penuh selepas 3 perlawanan. Namun nampaknya Loas berjaya mengekalkan momentum kejuaraan tanpa sebarang kekalahan dan seri sepanjang perlawanan kumpulan B.

Malaysia terpaksa akur dengan jaringan jaringan Phoutthavong Sangvilay pada minit ke-69. Usaha bertali arus pasukan negara untuk mencari gol penyamaan tidak berjaya apabila banyak percubaan keluar dilakukan barisan hadapan pasukan Malaysia U-19.

Malaysia u-19 dijangka akan bertemu pasukan Vietnam pada perlawanan separuh akhir nanti. Malaysia kekal di kedudukan kedua kumpulan B, manakala Loas gah di puncak kumpulan dengan 12 mata.

Laos pula akan bertemu dengan pasukan Gajah Putih selepas Thailand dan Vietnam seri pada perlawanan terakhir. Thailand berada di tempat kedua kumpulan manakala pasukan Vietnam berjaya menduduki juara kumpulan dengan 3 pasukan berkongsi 11 mata (Vietnam, Thailand dan Indonesia).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*