Sukan
Bermula Hambar Skuad Malaysia U-19 Buktikan Kemampuan di Separuh Akhir

Kami yakin bahawa majoriti peminat bolasepak Malaysia langsung tidak meletakkan sebarang harapan besar buat pasukan bolasepak bawah 19 tahun negara apabila melihat kepada keputusan di peringkat kumpulan.
Walaupun layak ke semi-final sebelum itu, skuad bawah 19 tahun hanya berpuas hati di tempat kedua kumpulan selepas hanya mengutip 7 mata dengan 2 kemenangan satu seri dan satu tewas kepada pasukan Laos.
Aksi perlawanan akhir kumpulan menunjukkan pasukan Malaysia ketandusan idea ketika mencari gol membuatkan peminat bolasepak merasakan perjalanan pasukan negara akan berakhir ketika Separuh akhir bertemu Vietnam yang dilihat begitu baik.
Namun siapa sangka permulaan hambar skuad negara itu dibalas dengan kebangkitan luar biasa apabila Malaysia u-19 berjaya menundukkan pasukan vietnam dengan keputusan 3-0..
Jaringan Malaysia berjaya melalui pemain Adam Farhan, Haiqal Haqeemi dan Haykal Danish. Perlawanan pada mulanya dilihat dikuasai oleh kedua-dua pasukan dengan hantaran pendek bermula dari bawah.
Namun tidak lama selepas itu, pasukan Vietnam menunjukkan penguasaan mereka apabila mereka dilihat lebih selesa memegang bola dan membuat perancangan untuk mencari gol. Namun disiplin tinggi daripada pasukan pertahanan berjaya mengagalkan beberapa percubaan skuad Vietnam.
Walaupun jarang membuat srngan namun akhirnya Malaysia berjaya dihadapan pada minit ke-27 melalui rembatan deras dari luar kotak penalti oleh pemain Adam Farhan.
Vietnam yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba membuat beberapa percubaan namun Malaysia kekal disiplin sehingga akhir masa pertama.
Ketika babak kedua dimulai, Vietnam terus membuat penguasaan bola dengan baik dan beberapa percubaan berjaya dibuat tetapi tidak mendatangkan sebarang gol. Malah counter-attck daripada pasukan Malaysia berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-70.
Sebelum satu lagi peluang berjaya disempurnakan pada minit ke-87 oleh Haykal Danish melalui srngan balas juga.

Sukan
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menundukkan pasuakan Thailand dengan keputusan 1-0 untuk saingan Separuh Masa pertama di Stadium Bukit Jalil.
Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-11 menerusi pemain Faisal Halim.
GOOLLL!!!!
Faisal Halim 11′⚽️ MALAYSIA ?? 1-0 ?? THAILAND#FAM #HarimauMalaya #AFFMitsubishiElectricCup2022 pic.twitter.com/p813bWQS2d
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 7, 2023
Malaysia sepatutnya boleh menambah jaringan di separuh masa kedua selepas tandukan Dominic Tan digagalkan oleh pengadil perlawanan.
#MASTHA #AFF2022
SemiFinal 1st Leg Bukit Jalil
Malaysia vs ThailandIt should be goal!!! Dominic Tan
It should be 2 – 0we need VAR!!#AFFMitsubishiElectricCup2022 #HarimauMalaya pic.twitter.com/nvfpUwDpW4
— Tri Hendri (@trihendri) January 7, 2023
Malaysia membawa 1 bekalan gol ke Stadium Thammasat, Thailand pada 10 Januari ini.
-
Tips Dan Petua2 months ago
Elak Keluarga Kerap Batuk Dan Selesma Ini Cara Deep Clean Tilam
-
Ilmiah2 months ago
Ambil Wudhu Sebelum Tidur Akan Dapat Manfaat Ini
-
Sukan3 months ago
Siaran langsung Malaysia vs Thailand 7 Januari 2023
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya berjaya menang di Bukit Jalil
-
Sukan3 months ago
Harimau Malaya ‘bakal’ guna Stadium Sultan Ibrahim – TMJ
-
Sukan3 months ago
TMJ ‘lawat’ Pemain Skuad AFF 2022 Harimau Malaya
-
Malaysia11 months ago
Lee Zii Jia Tamatkan Penantian 6 Tahun Malaysia
-
Semasa6 months ago
Syeikh Yusuf al-Qaradawi meninggal dunia