Connect with us

Tips Dan Petua

Kalau Buat Kuih Sagu, Guna Cara Ini Untuk Dapatkan Sagu Yang Jernih Sekata.

Published

on

Kalau Buat Kuih Sagu, Guna Cara Ini Untuk Dapatkan Sagu Yang Jernih Sekata.

Kuih sagu atau lopes sagu ini antara hidangan yang mudah disediakan. Nak makan waktu pagi boleh, petang pun ok.Cuma masalah bila buat kuih ini adalah sagunya tak jenis sekata. Masih ada biji putih. Bila begini, kuih sagu jadi tak cantik.

Bagi menghasilkan kuih sagu yang jenis, masak sekata tanpa biji putih, Mas Cotek menurunkan caranya.

Cara Buat Kuih Sagu Dan Tip Dapatkan Sagu Jernih Sekata

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Sendiri Abuk Abuk Sagu, Mudah Rupanya. Kuih Nostalgia Yang Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 cawan sagu
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • Sedikit pes minuman berperisa ros
  • 2 helai pandan disimpul
  • Kelapa parut digaul dengan garam

Cara membuat:

1. Dalam periuk panaskan air, pandan dan perisa ros hingga mendidih

2. Keluarkan pandan kemudian masukkan sagu. Kacau sebati.

3. Masukkan gula dan kacau rata.

4. Perlahankan api (sehabis perlahan ye) dan tutup periuk.

TIPS:

Opah guna periuk nonstick jadi opah biarkan bertutup lama sikit dalam 15 minit. Kacau sesekali saja. Ini cara untuk jadikan sagunya jernih sekata(lain orang lain caranya kan).

5. Apabila sudah agak pekat dan kesemua sagunya jernih tuang dalam loyang.

6. Biarkan sejuk dan barulah dipotong.

7. Gaul dengan kelapa parut tadi, sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap. Guna Tip Ini Jika Air Bertakung Sewaktu Mengukus

Sumber : Mas Cotek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending