Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap. Guna Tip Ini Jika Air Bertakung Sewaktu Mengukus

Published

on

Cara Buat Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap. Guna Tip Ini Jika Air Bertakung Sewaktu Mengukus

Kuih kaswi ini ramai peminatnya, dengan rasa lemak manis dan kelapa parut memang sedap.

Cuma kita tak rajin nak buat kuih ini kerana sangka penyediaannya remeh. Tapi sebenarnya cara buat kuih kaswi ini mudah saja. Memang boleh sangat kita buat.

Dikongsi oleh Mariana Zainal ini cara buat sendiri kuih kaswi gedik.

Buat Sendiri Kuih Kaswi ‘Gedik’ Yang Sedap

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi. Sedap Pekena Musim Panas

Bahan-bahannya

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula merah timbang (yang serbuk bukan yang ketul) + 2 sdb gula pasir
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sdt air kapur
  • Kelapa parut – digaul dengan sedikit garam (kukus 2-3 minit supaya lambat basi)

Cara membuat

1. Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak masak dalam loyang saiz 8. Nak cantik boleh letak dalam acuan kecil.

2. Satukan gula merah, gula, air dan masak hingga gula larut. Biarkan suam.

3. Satukan tepung gandum, tepung ubi dan air kapur. Tapiskan air gula yang suam tadi. Kacau sebati dan tapis ke dalam loyang.

4. Kukus selama 30 minit menggunakan api perlahan. Jika ada air bertakung, tuang perlahan-lahan atau buang guna sudu. Kemudian kukus semula guna api besar selama 5 minit untuk keringkan air di permukaan kaswi.

5. Biarkan benar-benar sejuk baru potong guna pisau plastik. Gaul dengan kelapa parut yang sudah digaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba

ARTIKEL LAIN : Cara Buat Kuih Tepung Bunga Guna 4 Bahan, Kuih Tradisional Kegemaran Ramai

Sumber: Mariana Zainal

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Published

on

Tip Buat Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok, Senang Nak Petik

Lalu kawasan rumah jiran tengok pokok cempedak yang ditanam berbuah lebat, lagi best buah semuanya rendah di pangkal pokok.

Sedangkan kita pun tanam pokok cempedak juga tapi buah tak lebat, lagi satu buahnya pula nun tinggi melangit. Memang payah nak petik.

Sebenarnya bagi memastikan buah cempedak berbuah lebat dan tumbuh di pangkal pokok ada caranya. Apa yang perlu dilakukan adalah membuat pangkasan. Caranya dikongsi oleh Mior Zailan

Tip Pokok Cempedak Berbuah Lebat Di Pangkal Pokok

ARTIKEL LAIN : Petua Lebatkan Buah Durian Dari Petani Thailand Sampai Penuh Dahan!

Foto: Khairul Hanafi Juhari via Facebook Berkebun D Rumah

Supaya pokok berbuah rendah, pangkas atau potong dahan yang tumbuh pada pangkal pokok dan ia perlu dilakukan sejak awal lagi.

Jika pokok sudah besar, perhatikan bahagian bonggol-bonggol di bahagian yang sudah dipangkas. Sekiranya keluar dahan, ia hendaklah dipangkas lagi. Jangan biarkan dahan membesar.

Bila dipangkas, ia akan mengeluarkan tunas baru dan di sinilah nanti tumbuh putik buah.

Lagi banyak tunas muncul lagi banyak putik buah akan keluar. Makin lebatlah buah cempedak pada pokok kita.

Semoga bermanfaat

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

Boleh juga tonton video penuh seperti di bawah;

Sumber: Mior Zailan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending