Connect with us

Tips Dan Petua

Tip Tanam Jagung Yang Betul Supaya Hasil Berkualiti, Saiz Pun Besar. Panduan Dari Pekebun Jagung

Published

on

Tip Tanam Jagung Yang Betul Supaya Hasil Berkualiti, Saiz Pun Besar. Panduan Dari Pekebun Jagung

Cuba tanam jagung di rumah dan pokok pun dah naik elok. Tapi bila tuai hasil tak cantik pulak, isi jagung tak penuh dan tak manis.

Untuk hasil jagung yang berkualiti penting untuk mengetahui cara penanaman dan penjagaan yang betul. Siapa nak tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkualiti dan bebas racun kimia.

Berikut adalah panduan tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkuali dan bebas racun perkongsian dari pekebun jagung sendiri. Saya sharing di sini.

Kaedah Penanaman Jagung Yang Betul

ARTIKEL LAIN : Berbaloi Tanam Pokok Betik Sekaki. 5 Bulan Dah Berbuah, Tengoklah Saiznya Memang Puas Makan

1. Pilih benih yang berkualiti

Sebaiknya benih hibrid. Banyak varieti jagung yang berada di pasaran. Pilihan varieti jagung yang saya tanam adalah King Corn 316 keluaran AG.

2. Penyediaan kawasan

Semua jenis tanah sesuai digunakan. Kecuali tanah yang menakung air. Buat saliran utk mengurangkan risiko kelembapan tinggi.

Tanah hendaklah dibersihkan dari segala pokok pokok dan rumput. Plough tanah sebanyak dua kali dan batas dibuat. Untuk jagung saiz batas yang paling sesuai adalah lebar batas 3 kaki dan saiz longkang adalah seluas 4 kaki untuk memudahkan kerja.

Selepas itu tabur tinja ayam. Sembur dengan mikrob berfaedah seperti IMO yg dicampur dengan Mol Kangkong @ Mol Ikan ( xtra Booster + xtra Amino ) untuk membantu meningkatkan nutrien dalam tanah dan menyuburkan tanah.

3. Jarak tanaman

Jarak tanaman adalah 1 kaki x 4 kaki. Jarak tanaman mempengaruhi saiz buah dan keseragaman pokok di mana kadar cahaya, udara dan air dapat dibekalkan dengan baik untuk tanaman.

4. Kawalan penyakit dan perosak

Sembur seminggu sekali secara berjadual menggunakan bahan kawalan organik sebaiknya. Banyak kawalan organik berada di pasaran. Kalau rajin boleh buat sendiri. Saya gunakan Produk Sri Organik dalam aktiviti kawalan serangga dan penyakit.

5. Pembajaan

  • Hari ke 20 : NPK Hijau 15:15:15 ditabur keliling pokok
  • Hari ke 40 : NPK Biru 17:17:17:2 ditabur keliling pokok.
  • Hari ke 50 : NPK 17:17:17:2 ditabur keliling pokok

Saya menggunakan baja NPK Yara. Baja boleh bagi 2 ke 4 kali maksimum, suka hati tengok kepada pertumbuhan pokok.

6. Pilih jagung

Pada hari ke 30-40 pemilihan jagung dibuat. Pilih hanya satu tongkol sahaja utk mendapatkan Gred A, selebihnya bolehlah dipetik utk dijadikan baby corn dan dijual atau beri makan pada ternakan.

7. Cantas bunga

Pada hari ke 50, cantas semua bunga utk mengelakkan serangan ulat pada peringkat akhir tanaman. Biasa nya tangkai bunga ini menjadi perumah kepada ulat ini.

8. Pada hari ke 62- 65 hari jagung sudah boleh dituai.

9. Siram jagung sekali setiap hari. Apabila ada hujan memadai menyiram jagung apabila perlu sahaja. Jagung perlukan air di peringkat awal pertumbuhan.

10. Kawalan rumpai

Kawalan rumpai menggunakan racun pracambah. Jika ada rumput tumbuh, potong menggunakan mesin rumput atau cabut dgn tangan. Kawalan rumpai di peringkat awal penanaman adalah lebih baik.

Untuk penanaman skala komersil pastikan anda menanam apabila sudah ada pasaran. Jangan tanam dulu baru cari pasaran. Untuk penamanan di tepi rumah, ikut langkah di atas, insyaallah berjaya.

Selamat mencuba.

ARTIKEL LAIN : Boleh Cuba Tanam Nanas Dalam Polybag Ikut 6 Kaedah Ini Hasil Memuaskan

Sumber: Wahida Hambali

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Published

on

Jangan Buang Daun Kering! Letak Di Pangkal Pokok Buah, Bantu Kekalkan Tanah Subur

Apabila melihat daun kering berguguran di halaman rumah, kebanyakan daripada kita akan terus menyapu dan membuangnya. Hakikatnya, daun-daun ini sebenarnya boleh dimanfaatkan semula sebagai bahan organik yang baik untuk tanaman.

Daun kering yang diletakkan di sekeliling pangkal pokok berfungsi sebagai sungkupan semula jadi atau mulsa. Ia membantu mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan pertumbuhan rumpai dan secara perlahan-lahan akan mereput menjadi sumber nutrien kepada pokok.

Kaedah mudah ini boleh dipraktikkan pada pelbagai jenis pokok buah di halaman rumah tanpa memerlukan kos tambahan.

Kelebihan Menggunakan Daun Kering Pada Pangkal Pokok

  • Mengekalkan kelembapan tanah lebih lama.
  • Mengurangkan pertumbuhan rumpai di sekeliling pokok.
  • Melindungi akar daripada cuaca panas.
  • Menambah bahan organik apabila daun mula mereput.
  • Membantu memperbaiki struktur tanah secara semula jadi.

Cara Menggunakan Daun Kering Sebagai Mulsa

1. Kumpulkan daun kering

Gunakan daun yang telah gugur secara semula jadi atau rumput yang sudah kering. Pastikan daun bebas daripada penyakit atau kulat.

2. Letakkan di sekeliling pangkal pokok

Susun daun kering mengelilingi kawasan pangkal pokok dengan ketebalan yang sederhana. Elakkan menutup batang pokok secara rapat bagi mengurangkan risiko kelembapan berlebihan pada batang.

3. Biarkan daun mereput secara semula jadi

Lama-kelamaan daun akan terurai dan menjadi bahan organik yang memperkayakan tanah tanpa perlu menggunakan banyak baja tambahan.

Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Pokok Buah

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk pokok limau, malah boleh digunakan pada pelbagai tanaman buah seperti mangga, jambu, rambutan, durian belanda dan pokok buah lain yang ditanam di halaman rumah.

Dengan penjagaan yang konsisten, pokok berpotensi menghasilkan pertumbuhan yang lebih sihat serta pembungaan yang lebih baik.

Tip Tambahan

  • Tambahkan lapisan daun kering apabila lapisan lama mula mereput.
  • Campurkan daun dengan rumput kering untuk menghasilkan sungkupan yang lebih tahan lama.
  • Pastikan kawasan pangkal pokok sentiasa bersih daripada daun yang berpenyakit.
  • Siram seperti biasa supaya proses pereputan berlaku dengan lebih baik.

Kesimpulan

Daun kering yang sering dianggap sebagai sampah sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi dalam penjagaan tanaman. Dengan menjadikannya sebagai sungkupan semula jadi, tanah dapat mengekalkan kelembapan lebih lama dan kandungan organik turut bertambah apabila daun mereput.

Amalan mudah ini bukan sahaja membantu mengurangkan pembaziran, malah boleh menyokong pertumbuhan pokok buah agar lebih subur dan berpotensi menghasilkan bunga serta buah dengan lebih baik.

Continue Reading
Advertisement

Trending