Connect with us

Tips Dan Petua

Cara Buat Sendiri Stok Ayam Serbuk, Selamat Tinggal MSG. Boleh Tahan Mudah Rupanya.

Published

on

Cara Buat Sendiri Stok Ayam Serbuk, Selamat Tinggal MSG. Boleh Tahan Mudah Rupanya.

Macam tak percaya je stok ayam serbuk boleh buat sendiri secara homemade, biarpun pembuatannya agak mudah, tetapi dari mengguna perasa tambahan segera, lebih baik buat sendiri stok ayam serbuk sendiri demi kesihatan anda dan keluarga. Berikut RASA kongsikan resipi dan cara yang perlu korang boleh buat untuk menghasilkan serbuk perasa ayam sendiri di rumah.

STOK AYAM SERBUK BAHAN-BAHAN:

  • 300gm isi dada ayam tanpa kulit
  • 100gm lobak merah | dadu halus
  • 25 ulas bawang putih
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK

Kisar semua bahan tanpa air menggunakan food processor atau pengisar kering.
Kemudian goreng sangai (goreng tanpa minyak) hingga kering.


Masukkan bahan sangai ke dalam loyang kemudian bakar dalam ketuhar dengan sekali sekala kacau, supaya garing sekata dan tidak hangus.

Setelah garing kisar menggunakan mesin pengisar kering biasa.

Kemudian masukkan semula ke dalam loyang dan bakar seketika untuk memastikan ia betul-betul kering.

Biarkan sejuk baru masukkan dalam bekas atau botol kedap udara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Dan Petua

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Published

on

Masak Acar Tumis Ikan Untuk Makan Tengah Hari, Satu Lauk Ini Pun Dah Cukup

Dah puas makan ikan gulai, sambal, masak kicap dan sebagai boleh cuba pula acar tumis ikan ini. Bukan saja sedap buat pun senang. Sesuai jadi lauk makan nasi tengah hari. Satu lauk ini saja pun dah cukup.

Resipi Acar Tumis Ikan

Bahan-bahan

  • 1-5 ekor ikan (lebih sedap guna ikan selayang atau ikan aye)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Timun -dipotongBawang besar -dimayang
  • Cili padi
  • Halia
  • Cuka
  • Garam
  • Guna
  • Serbuk perasa

1. Goreng ikan yang siap digaul kunyit dan garam. Angkat ikan bila sudah sedikit garing. Ketepikan dulu.

2. Kisar bawang merah, bawang putih , cili kering dan halia.

3. Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.

4. Tambah air ikut cita rasa, bila sudah gelegak masukkan ikan. Kemudian masukkan timun, bawang besar yang dimayang, cili padi dan tambah cuka secukupnya.

5. Perasakan dengan garam gula dan serbuk perasa. Seimbangkan rasa biar ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Selepas semuanya sebati, angkat dan hidang.

Sumber : Adawiyah Abdul Rahman

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Arus Perdana

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik, tauladan dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement

Trending